Tuesday, November 30, 2010

Pemaju tangguh operasi roboh


SEBAHAGIAN daripada penduduk kampung berhimpun di pekarangan rumah mereka di Teluk Kumbar, George Town semalam.


GEORGE TOWN – Kira-kira 60 penduduk Kampung Teluk Kumbar dekat sini menarik nafas lega apabila pemaju KL Metro menangguhkan sementara operasi meroboh kediaman mereka semalam.

Keputusan penangguhan dicapai selepas perbincangan dibuat antara pihak pemaju, penduduk kampung dan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff serta Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Supritendan Lai Fah Hin.

Sebelum itu, kesemua penduduk kampung keluar berhimpun di pekarangan rumah masing-masing seawal pukul 9 pagi bagi membantah tindakan pemaju daripada terus meroboh penempatan berusia lebih 100 tahun itu.

Sebuah jentera turut kelihatan di kampung tersebut termasuk kawalan ketat oleh anggota polis.

Dalam perbincangan yang diadakan selama satu jam itu, penduduk menolak tawaran yang dijanjikan pemaju sebanyak RM30,000 bagi setiap unit rumah dan mencadangkan agar digantikan dengan sebuah rumah mampu milik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: