Monday, November 29, 2010

Ribuan rai perarakan pertama gay di India


SEJUMLAH golongan gay menyertai perarakan gay di New Delhi semalam.


NEW DELHI - Ribuan orang menari, menyanyi dan bersorak di beberapa batang jalan raya di sini semalam dalam perarakan pertama gay, lesbian dan pondan di India.

Seramai 2,000 aktivis gay termasuk penyokong cara hidup bebas itu menjerit pelbagai slogan dan membawa poster semasa mereka berarak.

"Hari ini merupakan hari untuk menyatakan bahawa kami merupakan gay dan kami berasa bangga. Kami tidak pergi ke mana-mana, kami merupakan sebahagian daripada masyarakat," kata salah seorang penganjur, Amit Agrawal.

Perarakan itu dilakukan sejak gay dibenarkan berdasarkan undang-undang India.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: