Thursday, November 18, 2010

Messo Z kaedah semburan untuk cair lemak


Ziela Che Noor Selepas rangkaian minuman serat, Fiber.


KEGEMUKAN adalah punca kepada segala masalah yang tidak baik. Lemak yang berkumpul pada bahagian tertentu menjadikan tubuh seseorang itu nampak jelik. Kebiasaannya apabila seseorang itu berasa berat badannya semakin bertambah, bahagian tubuh yang paling ketara ‘naik’ ialah perut dan muka.

Perut kelihatan buncit seperti orang yang hamil peringkat awal sementara muka nampak tembam dan bulat. Perubahan ini memalukan apatah lagi apabila ditegur orang. Memakai baju besar mungkin boleh menyembunyikan perut buncit tetapi bagaimanakah hendak menyembunyikan bentuk muka yang tembam?

Bagaimanapun kepada anda yang menghadapi masalah ini, anda tidak perlu risau kerana terdapat cara terkini bagi mengatasinya. Anda tidak memerlukan pembedahan mahupun diet yang menyiksakan bagi memecahkan lemak yang berkumpul pada muka anda atau bahagian-bahagian lain tubuh.

Messo Z merupakan cara terbaru dan berkesan untuk mencairkan lemak. Rawatan yang tidak menyakitkan dan selamat ini menggunakan alat yang diimport dari Sepanyol dan menggunakan kaedah semburan semasa melakukan rawatan. Ia telah digunakan di beberapa buah negara.

‘‘Kebanyakan wanita Malaysia memang suka makan sehingga mereka tidak menyedari bahawa mereka telah makan berlebihan. Akibatnya berat badan semakin bertambah dan apabila ini terjadi, susah bagi mereka hendak menjadi kurus semula atau mendapatkan berat badan dulu,’’ kata Pengarah Urusan ZZ Beauty, Ziela Che Noor yang ditemui di pusat pelangsingannya di Gombak baru-baru ini.

Menurut Ziela, wanita harus pandai menjaga kecantikan dan kesihatan kerana ia adalah sebahagian daripada faktor yang menjamin kepada kebahagiaan rumah tangga.

Katanya, rawatan mencairkan lemak ini mengambil masa selama setengah jam setiap kali rawatan. Sebaik-baiknya jangan makan satu jam sebelum rawatan bagi mengelakkan daripada keadaan yang tidak selesa terutamanya jika rawatan dilakukan pada perut.

Ziela menambah, krim khas akan disapu pada bahagian yang hendak dirawat kemudian guna mesin Messo Z.

‘‘Selepas satu kali rawatan, tunggu selama 10 hari sebelum melakukan rawatan kali kedua.

‘‘Jika di rumah pula, sapu krim nano-tech setiap siang dan malam setiap hari bagi membantu mencairkan lemak. Hasilnya boleh dilihat bermula sekali rawatan.

Ziela berkata, selain wanita, rawatan mencairkan lemak ini juga boleh dilakukan oleh lelaki. Pelanggan digalakkan mengambil pakej 10 kali rawatan pada harga RM480.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: