![]() |
| PARA pemenang kejohanan Ace of Ace Golf Malaysia di Kelab Golf Bukit Unggul, Dengkil baru-baru ini. |
AHLI Kelab Hole-In-One diraikan pada kejohanan Golf Malaysia Ace of Ace di Kelab Golf Bukit Unggul baru-baru ini.
Kejohanan itu agak unik kerana para pesertanya terdiri daripada mereka yang pernah melakukan pukulan selubang atau hole-in-one.
Bagi Divisyen A, kejohanan itu telah dimenangi oleh Mohd. Nazri Husin yang mengumpulkan 39 mata stableford.
Pemain berhandikap lima itu hanya mencatatkan satu bogey pada sembilan lubang pertama. Bagaimanapun untuk sembilan lubang kedua dia mencatatkan empat bogey.
Kejohanan itu turut menawarkan sebuah kereta Suzuki Swift sebagai hadiah pukulan selubang.
Tempat kedua Divisyen A milik pemain berhandikap sembilan, Nordin Yahya yang mengumpul 36 mata dan ketika Mohd. Effendi Mohd. Hashim.
Untuk Divisyen B pula diungguli pemain berhandikap 18, Azilan Mohd. dengan mengumpul 37 mata.
Sementara bagi Divisyen C dimenangi peserta dari Johor Alley Tan Kok Hoe.
Bagi kategori wanita pula telah dimenangi oleh, Catherine Yong.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: