Saturday, November 13, 2010

D'Master unggul di Sarawak dan Selangor


Pemenang D'Master 2010 pusingan Sarawak bersama Ketua Perniagaan Pelanggan dan Enterpris DiGi, Christian Schutt (kiri) dan Ketua Perniagaan Enterprise Malaysia Timur, Johnny Wong (kanan).


JELAJAH Golf D'Masters 2010 (D'Master 2010) terus rancak menjelajah ke seluruh negara dengan Sarawak menjadi tuan rumah pusingan kelima.

Kejohanan anjuran syarikat telekomunikasi DiGi ini telah memasuki tahun kedua yang mana ia khusus untuk pelanggan perniagaannya yang terpilih.

Matlamatnya ialah untuk merapatkan lagi dan menghargai pelanggannya.

Setiap tahun ia menampilkan lapan pusingan dengan pusingan utama akan diadakan di Batam, Indonesia, Januari depan. Juara di Batam akan menerima percutian golf untuk dua orang ke Hawaii.

Untuk pusingan di Sarawak pasangan Jerome Lim Jin Kian dan Sim Khee Hian membuktikan mereka antara yang terhebat apabila mengumpulkan kombinasi mata stableford 73 untuk memastikan mereka layak beraksi di Batam.

Sementara Zamhuri Drahman menjadi peserta bertuah apabila turut terpilih secara wildcard ke Batam.

Mengiringi mereka ialah juara gross Micheal Chai Yu Leong. Pemain berhandikap sembilan itu mengumpulkan 37 mata.

Sementara itu pada Oktober lalu pusingan keenam telah berlangsung di Kelab Golf Glenmarie, di Shah Alam yang menyaksikan pasangan Victor Ng dan Chin Chui Weng muncul juara.

Kedua-duanya mengumpulkan kombinasi 74 mata mengatasi pesaing terdekat dengan kelebihan dua mata.

Juga layak beraksi di Batam ialah SP Maniam yang muncul juara gross individu.

Pusingan akhir D'Master berlangsung di Kelab Golf Kuala Lumpur (KLGCC) pada 4 November lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: