
KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, terdapat bukti yang menunjukkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ada hubung kait dengan penembusan jalur lebar Internet.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kajian global menunjukkan terdapat hubungan rapat antara kedua-duanya.
"Sebagai contoh, Forum Ekonomi Dunia 2009 menunjukkan peningkatan penembusan jalur lebar Internet sebanyak 10 peratus meningkatkan pertumbuhan KDNK sebanyak satu hingga dua peratus," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan perkhidmatan rangkaian tanpa wayar 4G 'Yes' yang dibangunkan oleh YTL Communications Sdn. Bhd. di sini semalam.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Pengerusi Eksekutif YTL Corporation Bhd., Tan Sri Yeoh Tiong Lay dan Pengarah Urusan syarikat itu, Tan Sri Dr. Francis Yeoh.
Majlis pelancaran rangkaian 4G pertama dunia 'Yes' oleh syarikat itu disiarkan serentak di United Kingdom (UK) dan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berbual selama lima minit bersama para pelajar Malaysia di sana.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: