
PENCARI kerja (dari kiri) Faridah Sulaiman, Muggileswary Chiyapalan, Noor Cahaya Unus dan Normizie Roslan menunjukkan surat tawaran kerja yang disampaikan oleh Subramaniam pada My Career Fair 2010 di PWTC, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mewujudkan Skim Pampasan Pemberhentian Pekerja mulai Januari ini bagi menjaga kebajikan mereka yang kehilangan sumber pendapatan secara tiba-tiba selepas majikan gulung tikar.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, skim itu akan memberikan bantuan kewangan bulanan sementara untuk golongan yang kehilangan pekerjaan meneruskan hidup.
"Skim ini hanya akan membantu mereka untuk jangka masa setahun atau dua sebelum sistem bantuan yang lebih baik diwujudkan bagi keperluan jangka panjang,'' katanya selepas merasmikan program My Career Fair 2010 (MYCF'10) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: