Saturday, November 20, 2010

Pelancong jadi perompak


EMPAT warga asing yang ditahan kerana terlibat dalam kegiatan pecah rumah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang semalam.


AMPANG - Polis berjaya mematahkan kegiatan sekumpulan empat penjenayah warga Amerika Latin yang terlibat dalam kegiatan pecah rumah di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, penjenayah tersebut terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berumur 25 hingga 44 tahun dari Costa Rica, Bolivia dan Mexico yang masuk ke negara ini sebagai pelancong.

Menurutnya, mereka ditahan ketika cuba melakukan pecah rumah di Jalan Chong Kong Lin 2 di sini pagi kelmarin.

Ujarnya, sebelum memecah masuk rumah seorang pesara berumur 72 tahun itu, suspek wanita tersebut telah menekan loceng rumah.

"Apabila tiada orang membuka pintu dan pasti penghuni sudah keluar, mereka telah masuk ke dalam rumah berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: