Thursday, November 18, 2010

Hari gembira buat Britain


SEORANG pekerja, Frank Soto di sebuah kedai di New York kelmarin menyiapkan replika cincin pertunangan Kate Middleton selepas berita pertunangan mereka tersebar.


LONDON - Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II berasa teruja dengan cucunya, Putera William yang bertunang dengan kekasihnya yang merupakan anak seorang jutawan, Kate Middleton, kata Istana Buckingham kelmarin.

Menurut jurucakap istana itu: "Ratu dan Duke of Edinburgh (Putera Philip, suami baginda) berasa amat gembira untuk mereka.

Berita pertunangan dan majlis perkahwinan Putera William itu mendapat liputan meluas kebanyakan akhbar di Britain yang menyiarkan kisah mereka di muka depan.

Bapa Putera William, Putera Charles berkata, beliau turut teruja dengan pertunangan itu yang diumumkan kelmarin.

Adik Putera William, Putera Harry menyatakan, beliau berasa gembira kerana akan mendapat seorang kakak.

Putera William dan Putera Harry merupakan anak hasil perkongsian Putera Charles dan Puteri Diana sebelum mereka bercerai pada 1996.

Namun, Puteri Diana meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Paris semasa beliau menaiki kereta bersama kekasihnya, Dodi Al-Fayed, anak hartawan kelahiran Mesir, Mohamed Al-Fayed.

Putera Charles sambil bergurau berkata, "Mereka (Putera Charles dan Kate Middleton) telah lama berlatih (menjadi suami isteri)."

Ibu bapa Middleton, Michael dan Carole yang menjadi jutawan kerana menguruskan perniagaan penghantar barang menyatakan keluarganya berpendapat Putera William sebagai seorang yang hebat.

Ekoran berita pengumuman pertunangan dan perkahwinan itu, agensi penyelidikan peruncitan, Verdict meramalkan perkahwinan pewaris kedua takhta Britain itu akan membawa suntikan sebanyak AS$985 juta (RM3.09 bilion) ke atas ekonomi Britain.

Sebuah pasar raya, Asda telah menjual cawan yang memaparkan wajah Putera William dan Middleton yang berharga £5 (RM24.92).

Replika cincin pertunangan Middleton yang diberikan oleh Putera William turut dibuat di sebuah kedai di New York selepas pengumuman pertunangan itu.

Beberapa ketua negara turut memberikan ucapan tahniah kepada Putera William ekoran pertunangan itu antaranya, Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper, Perdana Menteri New Zealand, John Key dan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard serta kerajaan Jepun.

Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata, majlis perkahwinan itu akan menjadi sesuatu yang detik yang hebat untuk sambutan negara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: