Thursday, November 18, 2010

Serangan pengganas di Jerman November ini


BEBERAPA anggota polis mengawal sebuah terminal di sebuah lapangan terbang di Frankfurt semalam.


BERLIN - Serangan pengganas di Jerman telah dirancang termasuk satu serangan dalam bulan ini, kata Menteri Dalam Negeri Jerman, Thomas de Maiziere semalam.

Beliau menyatakan demikian ketika menyatakan mengenai situasi keselamatan terkini di negara tersebut.

"Mulai hari ini (semalam), kehadiran anggota polis akan dapat dilihat. "Saya fikir keadaan itu patut diterangkan kepada rakyat. Terdapat juga beberapa langkah yang dilaksanakan secara senyap-senyap," kata De Maiziere.

Berdasarkan maklumat daripada perisikan selepas insiden bungkusan bom di Yemen, Jerman menjangkakan satu serangan pengganas akan berlaku dalam akhir bulan November.

Sejak pertengahan tahun 2010, perkhidmatan keselamatan Jerman menyedari wujud banyak petanda bahawa kumpulan pengganas Al-Qaeda merancang untuk menyerang Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Jerman.

Mengumumkan proses meningkatkan tahap keselamatan terutamanya di stesen-stesen kereta api dan lapangan terbang, De Maiziere menyatakan ia adalah sebagai satu langkah pencegahan.

"Walaupun bukti peningkatan ancaman adalah konkrit, ia tidak sepatutnya menjadi penyebab untuk kita mengubah rutin hidup secara keseluruhannya," tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: