|
|
BERSESUAIAN dengan nama butiknya, Athiz Collections, ia menampilkan pelbagai busana pengantin sama ada moden ataupun tradisional untuk digayakan pasangan pengantin pada hari bersejarah mereka.
Apa yang pasti, Athiz Collections hari ini adalah hasil ilham pemiliknya, Yahazizan Amini Mat Yasir, 33.
Yahazizan Amini atau lebih dikenali sebagai Mimi di kalangan rakan-rakannya memberitahu, butiknya selain menampilkan konsep busana pengantin, ia turut menawarkan pakej-pakej lengkap seperti andaman, pelamin, gubahan hantaran, juru gambar, perancang perkahwinan dan sebagainya.
Katanya, ia adalah untuk kemudahan kepada bakal-bakal pengantin yang mencari semua perkhidmatan di bawah satu bumbung.
‘‘Di Athiz Collections, kami menyediakan semuanya di bawah satu bumbung dan pakej-pakej yang diberikan bermula dari harga RM700.
‘‘Keistimewaan Athiz Collections ialah kami mempunyai tukang jahit sendiri. Segala jahitan manik sama ada untuk baju yang disewakan mahupun yang ditempah kami yang membuatnya sendiri.
‘‘Bukan itu sahaja, malah untuk andaman, saya sendiri yang menyolek pengantin itu selain tiga lagi juru solek yang dilatih oleh saya,’’ katanya ketika ditemui di premisnya yang terletak di 14-1F, Jalan AU 1/4F, Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur.
Jika dilihat apa yang ditawarkan di Athiz Collections, ia adalah berpatutan dengan harganya dan memenuhi cita rasa pelanggan yang meminati gaya eksklusif.
Bercerita lanjut mengenai perniagaanya, Mimi telah menimba pelbagai pengalaman dalam dunia fesyen termasuk menimba ilmu dengan Man Kajang sebelum mendapat peluang membuka butik pengantin sembilan tahun yang lalu.
Maka tidak hairanlah, Athiz Collections sentiasa dipenuhi himpunan baju-baju pengantin yang terkini serta peralatan perkahwinan. Suasana di dalamnya menyegarkan pandangan mata.
Menurut Mimi, butiknya akan dipastikan susun aturnya sentiasa kemas dan rapi bagi keselesaan para pelanggan yang ingin berurusan.
Deretan baju pengantin, aksesori, kerusi pengantin dan sebagainya diperagakan di ruang hadapan butik untuk memudahkan para pelanggan mencari apa yang dikehendaki.
Buat masa kini, menurut ibu kepada dua orang cahaya mata itu, butiknya mempunyai lebih daripada 100 pilihan pelbagai jenis dan corak baju pengantin.
Katanya lagi, baju-baju pengantin yang terdapat dibutiknya diperbuat daripada fabrik yang berkualiti.
Begitupun, menurut Mimi, kekuatan butiknya terletak pada andamannya dan bayaran yang dikenakan untuk setiap solekan, RM400.
‘‘Sebenarnya, saya memulakan perniagaan ini hanya dengan solekan pengantin dan setahun kemudian baru dikembangkan dengan pelamin, baju pengantin, aksesori, juru gambar dan sebagainya.
‘‘Ini kerana saya memulakan perkhidmatan solekan secara separuh masa ketika saya masih berkhidmatan di salam sebuah bank di Kuala Lumpur.
‘‘Tetapi akhirnya pada tahun 2003, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana perniagaan semakin mendapat permintaan yang tinggi dan Alhamdulillah, sehingga hari ini perniagaan berjalan lancar,’’ ujar anak kelahiran Kepong itu.
Bagi mereka yang berminat mencuba cita rasa sentuhan kontemporari, anda boleh berkunjung ke Athiz Collection atau melayari laman web, www.arasbridal.com.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: