|
|
KUALA LUMPUR – “Saya bukan tak mahu jaga Husin tapi saya sendiri susah dan tinggal pun menumpang hasil ihsan kawan di Kuala Lumpur ini.”
Demikian penjelasan abang kedua kepada pelakon kerdil Pontianak Jebon, Muhammad Husaiful Che Rashid, 37, terhadap rintihan adiknya, Husin Jebon yang mengadu kini kembali hidup melarat setelah terpisah dengannya sejak empat tahun lalu.
Jelas beliau, perpisahan itu memang berlaku dan atas bantuan rakannya pada Sabtu lalu, beliau dapat menghubungi adiknya semula setelah sekian lama terpisah.
“Saya telah memohon maaf kerana lama tak tanya khabar dia dan saya sudah jelaskan apa sebenarnya yang berlaku,” katanya yang baru mengetahui adiknya, Husin Jebon atau nama sebenarnya Muhammad Husabni, 35, berhijrah dan menetap di Chow Kit di sini setelah kematian datuknya setahun lalu.
Muhammad Husaiful memberitahu, beliau tiada niat untuk meninggalkan adiknya yang mempunyai masalah penglihatan serta pendengaran, hidup keseorangan dan terumbang-ambing.
Menurutnya, ketika bertemu kembali dengan Husin Jebon pada 18 Disember 2006, beliau nekad untuk menyatukan semua ahli keluarganya termasuk ayah kandung, Che Rashid Ngah, 60-an untuk hidup bersama namun hasrat itu tidak kesampaian.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: