KUALA LUMPUR - Ramai peniaga pasar di negara ini didapati gagal mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu untuk barangan kawalan meskipun peraturan itu telah diperkenalkan sejak 10 tahun lalu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu berlaku mungkin disebabkan ada di kalangan peniaga yang masih tidak tahu mengenai penguatkuasaan peraturan tersebut ketika musim perayaan.
"Tanda harga merah jambu ini hanya dikuatkuasakan ketika musim perayaan, mungkin kerana hari ini hari pertama Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali dikuat kuasa dan ada di antara mereka (peniaga pasar) tidak tahu mengenainya.
"Oleh itu, kita akan mendidik dan memberitahu para peniaga mengenai keperluan tanda harga berwarna merah jambu itu," katanya selepas melawat Pasar Awam Sentul di sini semalam.
Ujarnya, tujuan peraturan itu dilaksanakan ialah untuk memudahkan pengguna mengenal pasti barangan kawalan dengan bukan kawalan ketika musim perayaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: