Gambar pencuri yang sempat dirakamkan di hadapan rumahnya, pagi semalam.
SUNGAI SIPUT - Selepas beberapa kali mengesyaki rumahnya dimasuki pencuri, seorang wanita akhirnya berjaya memerangkap pencuri berkenaan yang dipercayai melakukan aktiviti itu di kawasan rumahnya sejak beberapa minggu lepas.
Nurul Laila Mohd Hadi, 33, berkata, selepas diperangkap, dua lelaki itu merayu minta dilepaskan dengan alasan tidak dapat meminta izin kerana tuan rumah tiada.
Menurutnya, mereka juga mengatakan kelapa muda itu digunakan untuk upacara sembahyang.
“Perkara ini sudah lama terjadi. Sebelum ini ada juga barang yang hilang namun saya tidak tahu angkara siapa. Hari ini (semalam) baru tahu perbuatan siapa.
“Mungkin kali ini mereka hanya mencuri kelapa muda namun saya bimbang perkara serius akan terjadi sekiranya tidak diberi perhatian.
“Penduduk di sini kebanyakannya bekerja pada waktu siang. Mungkin mereka sasarkan taman ini kerana tahu tiada orang pada waktu siang,” katanya.
Menceritakan kejadian berkenaan, Nurul Laila berkata, dua lelaki itu masuk ke kawasan rumahnya dan bersembang-sembang dengan nada yang kuat.
"Seolah-olah itu rumah mereka dan nampak sudah biasa di kawasan ini.
“Mungkin mereka tahu waktu itu memang tiada orang, jadi mereka tak rasa takut. Bila saya sergah, mereka terkejut dan masa itulah mereka merayu.
“Dia ambil dua tandan kelapa kemudian kata mahu buat sembahyang. Kalau sembahyang pun, dua atau tiga biji pun rasanya sudah mencukupi,” katanya.
Nurul Laila berharap polis dapat melakukan rondaan lebih kerap di Taman Orkid pada waktu pagi kerana kawasan ini lengang pada waktu tersebut," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: