PARIT BUNTAR - Aksi guru lengkap berpakaian seragam sekolah, acara sukaneka dan bom belon antara kemeriahan mewarnai sambutan hari guru di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Pekan Baru, di sini hari ini.
Tepat pada jam 8 pagi, sejumlah 43 guru-guru lengkap berpakaian sekolah membuat gimik khas menuruni sebuah bas sekolah, diarak dengan paluan kompang sebelum menerima tepukan gemuruh hampir 500 pelajar di dataran perhimpunan pagi sekolah itu.
Pengetuanya, Abdul Khalim Ishak berkata, acara julung kali itu diadakan bagi mengembalikan nostalgia zaman persekolahan kepada guru-guru sekolah berkenaan.
Menurutnya, idea tema 'Back To School' bagi sambutan Hari Guru tahun ini dijana oleh Badan Pengawas dan Kelab Guru SMK Pekan Baru dan mendapat sambutan hangat terutama daripada kalangan pelajar sekolah sendiri.
"Pada hari ini, pelbagai aktiviti diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar sekolah ini meraikan jasa guru-guru yang mendidik mereka sejak memasuki tingkatan 1 lagi.
"Antara acara dianjurkan seperti acara sukaneka, upacara memotong kek sambutan Hari Guru disumbangkan Pegawai Khas Menteri Besar Perak, Datuk Abu Bakar Md Ali, acara penyampaian hadiah oleh para pelajar dan aktiviti bom belon,"katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.
Abdul Khalim berkata, ini adalah kali pertama sambutan Hari Guru dibuat penuh meriah dengan guru-gurunya sekali memakai pakaian seragam.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: