SEORANG pelakon era 90an dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, atas tuduhan menyebabkan kecederaan seorang wanita warga Brunei, Mac lalu.
Lydiawati atau nama sebenarnya, Salina Zaimon, bagaimana pun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan tersebut.
Lydiawati didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Sharifah Harnizam Wan Musa dengan cara memukul menggunakan besi.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel, dekat sini, jam 6.30 petang pada 24 Mac lalu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihana Abdul Razak mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Lydiawati, 51, yang diwakili oleh peguam, Fatimah Zahra Ramli memohon mahkamah mengurangkan jaminan atas alasan anak guamnya seorang ibu tunggal.
"Anak guam saya tidak mempunyai pendapatan tetap dan memerlukan rawatan setiap bulan di Institut Jantung Negara kerana masalah jantung," katanya.
Majistret, Haslinda A Raof membenarkan jaminan RM3,300 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Jun depan untuk sebutan semula.
Sebelum ini,video Lydiawati memukul seorang wanita menjadi viral selepas pelakon itu memuat naik di laman Facebook miliknya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: