HULU LANGAT – Seramai 10 pasangan pengantin dirai pada Majlis Akad Nikah Perdana di Masjid Kariah Kampung Rinching Hilir, semalam.
Acara itu antara slot kemuncak diselit dalam Program Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) yang berlangsung selama dua hari berturut-turut di kampung tersebut, sejak kelmarin.
Pasangan itu dinikahkan serentak kira-kira jam 10.30 pagi sebelum diarak bersama keluarga masing-masing disusuli acara makan beradab dan kenduri rakyat.
Pengantin mualaf, Nur Jeslyna Wong Siew Khim, 25 dan pasangannya Zufazahairul Zulkapli, 22, berkata, dia gembira dirai besar-besaran pada majlis itu.
“Dalam keluarga, saya yang pertama berkahwin dengan orang Melayu, memang teruja sangat lebih-lebih lagi keluarga turut sama hadir hari ini (semalam).
“Terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang menjayakan program,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Razaly Hassan berkata, pasangan dirai adalah pengantin baharu yang menerima insentif kerajaan negeri.
Katanya, pengantin yang menyertai program itu hanya dikenakan bayaran RM1,000 bagi urusan pernikahan dan jamuan makan.
“Setiap kali Program 3K masuk ke kampung, kita adakan majlis akad nikah perdana. Diharap lebih ramai pemuda-pemudi akan menyertai program ini pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata, program berkenaan membawa mesej dan maklumat tepat mengenai kerajaan negeri dan jabatan di bawah portfolionya.
“Wakil dari jabatan terlibat turut sama turun padang ke kampung memberi maklumat kepada penduduk secara terus,” katanya selepas berakhir karnival dua hari yang menerima kira-kira 5,000 pengunjung.
Hadir sama pada program itu, Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat.
Beliau sebelum itu bersama penduduk menyertai aktiviti kayuhan santai mengelilingi kawasan kampung dan turut menyampaikan sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada penerima yang layak, pagi semalam.
Aktiviti seharian itu diisi dengan program menanam pokok, perasmian mercu tanda masjid serta kampung dan sesi penerangan bertajuk 'Wuduk Sempurna, Jimat Air'.
Program turut dimeriahkan dengan Halaqah Ilmu bersama Ketua Hakim Syarie Selangor, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Sektor Seksyen Pengurusan Naziran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dr Kamal Radiman.
Pada program sama, penduduk bukan sahaja berpeluang menukar minyak hitam secara percuma, malah mendapat khidmat gunting rambut tanpa dikenakan sebarang bayaran.
Program semalam turut mendapat khidmat seramai 15 Orang Di Parol (ODP) dari Pejabat Parol Hulu Langat yang bertugas sebagai penanggah.
ODP ditemui yang hanya mahu dikenali sebagai Zam berkata, dia gembira dapat menyertai program tersebut.
“Saya memang biasa dengan aktiviti masyarakat, bila dapat turut sama dalam program seperti ini, saya rasa lebih yakin pada diri,” katanya.
Program berakhir dengan Sembang Santai bertajuk Hijrah Diri yang dikongsi beberapa selebriti terkenal termasuk Ustaz Akhil Hayy dan Man Raja Lawak.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: