Tuesday, November 5, 2013

'Dari Sinar Mata' dan 'Karma Abah' Tayangan Sempena Awal Muharam


Siti Saleha dan Shah Jazle bakal bergandingan dalam telemovie berjudul Dari Sinar Mata.
PETALING JAYA: Sempena sambutan Maal Hijrah, TV3 bakal menyiarkan dua telemovie istimewa iaitu Dari Sinar Mata dan Karma Abah pada 6 November dan 9 November ini, pada pukul 10 malam.
Drama dari Sinar Mata mengisahkan pasangan suami isteri Syamil dan Syara yang baru mendirikan rumahtangga. Syamil pula anak tunggal kepada Mak Som dan semenjak berkhawin Mak Som lalu tinggal dengan mereka. Mak Som selalu mendesak supaya mereka mendapat cucu dengan segera.
Bosan dengan leteran Mak Som, Syara dan ibunya berpakat menipu dengan mengatakan Syara mengandung. Mak Som tertalu gembira lalu memberitahu Syamil tapi Syamil amat marah dengan penipuan itu lalu menyuruh Syara dan ibunya bertanggung jawab dengan dan akhirnya mereka berpakat mengatakan Syara keguguran.
Syara akhirnya mengandung dan berita gembira itu lalu disampaikan oleh Mak Som kepada Syamil yang sedang berkerja luar. Syamil menyambut berita gembira itu tetapi mengalami kemalangan kerana cuba mengelak dari terlanggar seorang yang berkaki tempang lalu meninggal.
Telemovie ini dibintangi oleh Siti Saleha, Shah Jazle, Jasmine Hamid, Kismah Johar dan Mak Engku.
Sementara itu, Cerekarama Karma Abah mengisahkan seorang wanita bernama Zaleha yang merupakan isteri rajin mencari duit untuk membantu keluarga dan berdikari.
Suaminya, Nasir merupakan tukang kebun di sekolah merupakan seorang yang pemalas dan tidak mahu berkerja keras. Nasir berkenalan dengan Liza yang berkerja di kantin sekolah. Nasir menawarkan Liza untuk menyewa di rumah milik isterinya di sebelah rumah mereka.
Nafsu menguasai segalanya apabila Nasir tergamak melakukan perkara sumbang dengan Liza. Zaleha yang telah menangkap perbuatan maksiat itu dengan berat hati merelakan dirinya dimadukan.Tanpa rasa bersalah Nasir malah mengawini Liza yang cuma berhasrat untuk mengikis harta Nasir.
Kekayaan Zaleha dan Nasir sebenarnya merupakan hasil titik peluh Zaleha sendiri yang melakukan pelbagai kerja untuk menyenangkan hidup keluarga mereka hingga mampu membeli sebidang tanah untuk berkebun.
Liza berjaya membolot harta Zaleha dengan menukarkan kepada namanya lalu berpindah ke bandar dan memulakan perniagaan tetapi telah menjadi mangsa penipuan.
Drama ini dibintangi oleh Faizal Hussein, Eja, Cha Cha Maembong, Aedy Ashraff, Sweet Farhana, Fathil Dani.
Drama "Aku Bukan Malaikat" lakonan Umie Aida akan diulang siar.
Dalam pada itu, atas permintaan ramai beberapa telemovie popular yang lalu akan di ulang siar, bermula 4 sehingga 7 November ini antaranya Senario Misteri Malam Raya, Kalut, Qarina, OMG Raya, Malaikat Di Pintu, Saya Terhebat dan Aku Bukan Malaikat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: