Kedua-dua peserta itu sekali gus menewaskan dua peserta lain iaitu Farah Nadeera Zaini (Nadeera) dan Yusoff Md Shah (Yus) pada konsert separuh akhir yang berlangsung pada malam Rabu di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral dekat sini.
Ia disiarkan secara langsung di TV3.
Ucop, 28, berkata, dia tidak sangka akan terpilih untuk bertanding di peringkat akhir apabila ketiga-tiga saingan memiliki kehebatan yang tersendiri ketika beraksi di pentas.
"Tak sangka nama saya diumumkan untuk mara ke peringkat akhir.
"Untuk persembahan akhir nanti, saya akan memberikan yang terbaik dan tidak akan mengecewakan juri serta penonton yang mengundi," katanya.
Mar pula berkata, kehebatan Nadeera membuatkan dia tidak yakin akan meneruskan perjuangannya untuk meraih gelaran juara pada malam itu.
"Sejujurnya saya terkejut dipilih ke peringkat akhir namun rezeki menyebelahi saya malam ini," katanya.
Tirai konsert berkenaan minggu kesembilan dimulakan dengan persembahan penuh bertenaga Uchop yang menyampaikan lagu Jamal Abdillah berjudul Seroja.
Mar pula mengambil alih pentas dengan lagu Karena Ku Sanggup nyanyian Agnes Monica. Manakala Yus membawakan lagu Pak Ngah Balik dan Joget Jambu Merah dan Nadeera mempertaruhkan lagu Dedebu Cinta (Misha Omar).
Sebelum penyingkiran diumumkan, kesemua peserta mempersembahkan lagu bonus iaitu Jika, nyanyian Melly Goeslow dan Ari Lasso.
Musim kedua Vokal dihoskan oleh FBI selain Datuk Hattan dan Ziana Zain bertindak sebagai juri tetap.
Manakala penyanyi Mas Idayu dan komposer terkenal, Azmeer sebagai penasihat vokal dan persembahan sementara Profesor Izzi Ali bertindak untuk memberi motivasi kepada peserta.
Musim kedua pertandingan ini masih mengekalkan format pemarkahan kepada dua bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional dan selebihnya undian daripada penonton.
Juara Vokal bakal membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000 manakala naib juara akan menerima RM30,000.
Program itu bersiaran secara langsung setiap hari Rabu bermula pukul 9.30 malam hingga 10.30 malam di TV3.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: