Sunday, December 16, 2012

Teater muzikal Spice Girls dikritik


AHLI Spice Girls (dari kiri) Melanie Brown, Geri Halliwell, Emma Bunton dan Melanie Chisholm memberi pos istimewa sewaktu tayangan perdana teater muzikal Viva Forever di London.


TEATER muzikal yang diadaptasi daripada koleksi lagu popular kumpulan pop terkenal, Spice Girls mendapat kritikan hebat daripada pengkritik teater The Telegraph, Charles Spencer.
Muzikal yang bertajuk Viva Forever! itu disifatkan sebagai terlalu perlahan, serabut dan tidak mempunyai fokus utama dalam penceritaan.
"Saya akan memberitahu anda apa yang saya mahu. Saya mahukan pertunjukan yang teruk ini dihentikan serta-merta," ujar Spencer.
Tetapi menurut seorang ahli kumpulan itu, Gerri Halliwell, teater muzikal yang menggabungkan lagu-lagu seperti Wannabe dan Two Becomes One itu berjaya menarik perhatian penonton dengan jumlah jualan tiket melebihi 3 juta pound sterling (RM14.7 juta).
"Pertunjukan itu banyak pengisiannya dan melangkaui jangkaan saya," katanya kepada majalah Rolling Stone.
Kelima-lima anggotanya, Melanie Brown, Melanie Chisolm, Geri Halliwell, Emma Bunton, dan Victoria Beckham hadir pada acara pembukaan muzikal tersebut yang diadakan di Piccadilly Theathre, London baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: