SAIFUL Harith Halim (kiri) dan Saiful Hanif Halim menunjukkan Restoran Kapten Steamboat & Grill di Johor Bahru.
Bagaimanapun, senario terbaharu penggemar makanan itu sudah mula meningkat kepada kira-kira 50 peratus kerana menyedari impaknya terhadap kesihatan.
Bagi mengangkat martabat makanan kukus dan panggang berkonsepkan 'urban' yang enak dan lazat, Restoran Kapten Steamboat & Grill telah dibuka di Jalan Tun Abdul Razak, Susur 6, Taman Suria Muafakat, Johor Bahru, Johor.
Restoran yang diusahakan oleh dua beradik, Saiful Harith Halim, 25, dan Saiful Hanif, 24, itu merupakan salah satu destinasi tarikan warga tempatan termasuk rakyat asing.
Menawarkan dua stail masakan iaitu panggang dan rebus, restoran itu menyajikan kira-kira 50 jenis makanan laut segar serta makanan siap proses dengan pilihan kuah tom yam dan sup ayam.
Saiful Harith, berkata, beliau mendapat sokongan dan modal daripada ayahnya, Halim Harun, untuk membuka restoran yang beroperasi pada Julai tahun lalu.
"Sebaik sahaja beroperasi, sambutan yang diterima cukup menggalakkan yang mana pelanggan kami bukan sahaja datang berulang kali, malah mereka turut membawa pelanggan baharu.
"Kami juga teruja dengan kehadiran pelanggan dari Singapura yang datang secara berkumpulan dalam jumlah yang besar antara 15 hingga 20 orang," katanya.
Pihaknya turut menerima kunjungan daripada warga asing yang menetap di Johor Bahru seperti warga Jepun, Korea, Australia, Hong Kong dan China.
Restoran ini dibuka dari pukul 4 petang sehingga 12 malam, setiap hari dan boleh memuatkan 120 orang dalam satu masa.
Mengulas lanjut, katanya, pihaknya turut menerima tempahan menerusi telefon untuk penghantaran ke rumah terutamanya mereka yang tinggal di Legenda Tasek, Bandar Baru UDA dan beberapa taman perumahan berhampiran.
Sementara itu, Saiful Hanif, berkata, inisiatif untuk membuka restoran itu datang daripada ibunya, Saadah Ahmad, yang pakar dalam masakan panggang dan rebus.
Katanya, antara menu panggang yang popular di restoran itu adalah kambing madu, lembu lada hitam, udang madu, sotong lada hitam, manakala stimbot pula adalah jejari ketam, bebola ikan, bebola udang, udang kara, kupang New Zealand, ikan, pelbagai jenis mee dan sayur.
"Bagi menjamin cita rasa enak, sebahagian besar bahan-bahan tersebut diperoleh secara segar yang kemudian diperap dengan rempah-ratus terpilih.
"Kami juga membawa masuk kupang segar dari New Zealand sekali dalam seminggu," ujarnya.
Selain itu, restoran tersebut turut menghidangkan nasi goreng, mee goreng, sambal sotong dan bermacam lagi menu yang boleh ditempah secara ala-carte.
Mengulas mengenai harga, katanya, harga yang ditawarkan adalah berpatutan serta mampu dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.
Jelasnya, bersesuaian dengan konsep 'kapten' dan ditambah dengan permintaan para pelanggan, pihaknya turut menawarkan perkhidmatan untuk majlis makan bersama keluarga, majlis ulang tahun dan banyak lagi mengikut kehendak pelanggan.
"Selain itu, kami sentiasa mengubah suai susun atur dan hiasan dalaman agar pelanggan tidak bosan datang berulang kali. Kami juga akan menukar menu setiap dua bulan sekali," katanya
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: