sebahagian peserta yang menyertai Kem
Bina Generasi al-Quran 2012 di Masjid Jamek Ittihad Sungai Kob,
Karangan, Kulim, Kedah, baru-baru ini.
Mereka termasuk 36 perempuan berumur antara 10 hingga 15 tahun dari Kulim, Baling dan Sungai Petani menyertai kem itu yang bertema, 'Bersama Memartabatkan Generasi Al-Quran.'
Pengerusi MANAR, Abdul Rahim Omar berkata, sambutan pelajar untuk mengikuti kem itu semasa musim cuti sekolah, amat menggalakkan.
"Seramai 10 orang tenaga pengajar sanggup mengendalikan kem itu dan pengisiannya banyak menyentuh hal-hal berkaitan solat, tazkirah, tilawah, ibadah dan akhlak," katanya baru-baru ini.
Katanya lagi, program itu dianggap terbaik kerana ia boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, terutama pihak pengurusan masjid bagi mengelak pelajar sekolah rendah dan menengah daripada melakukan pelbagai aktiviti tidak manfaat sepanjang musim cuti sekolah.
"Kami juga mengajar mereka mempelajari bidang pidato dan Bahasa Arab, kerjasama penduduk tempatan, terutama ibu bapa bagi menjayakan kem ini, amat dihargai," katanya.
Abdul Rahim mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Masjid Jamek Al-Mujahiddin Batu Putih kerana turut memberi kerjasama menjayakan kem tersebut.
Sebelum mengikuti kem itu, peserta diberi taklimat khas daripada Mohamad Nazir Othman selaku Bilal Masjid Jamek Al-Mujahiddin Batu Putih.
Sementara itu, Ketua Unit Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim, Azmi Abdul Rejab ketika merasmikan kem itu berkata, banyak ganjaran bakal dinikmati oleh mereka yang menghafal al-Quran.
"Adalah menjadi satu kehebatan jika dalam usia muda boleh menghafal 20 juzuk al-Quran dan hanya mereka bersungguh-sungguh sahaja mampu berbuat demikian," katanya.
Menurutnya, gejala sosial sering melanda generasi muda dan jika telah dibekal dengan ilmu-ilmu agama, mereka akan lebih berhati-hati dalam membuat perkara yang tidak baik.
"Saya yakin dan percaya, pelajar pasti mempunyai ilmu agama secukupnya selepas ini dalam menghadapi cabaran akan datang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: