Saturday, December 22, 2012
Maia enggan bermadu
BEKAS isteri penyanyi dan komposer terkenal, Ahmad Dhani, Maia Estianty, atau lebih dikenali sebagai Maia mengakui bahawa anak-anaknya iaitu Ahmad Gazali, El Jalaluddin Rumi, dan Ahmad Abdul Qodir Jaelani masih mengharapkan agar dia dan Ahmad Dhani kembali bersama.
Maia yang merupakan bekas anggota kumpulan Ratu itu bagaimanapun tidak mampu memenuhi keinginan anak-anaknya.
"Saya tidak boleh lagi kembali bersama Ahmad Dhani kerana dia sekarang sudah ada yang punya, dan saya tidak mahu bermadu," ujarnya sambil tertawa.
Maia turut mengakui bahawa sehingga saat ini dia masih belum mempunyai niat untuk berkahwin semula disebabkan masih belum mendapat keizinan daripada anak-anaknya selain ingin memberikan tumpuan kepada kerjayanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: