Saturday, December 22, 2012

Huawei sasar kuasai 10%

MASUK PASARAN...Huawei sasar jual 5,000 telefon pintar baru.
MASUK PASARAN...Huawei sasar jual 5,000 telefon pintar baru.
HUAWEI Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei) optimis untuk menguasai 10 peratus pasaran segmen telefon pintar apabila didorong pengenalan tiga model dalam barisan Ascend, D1 Quad, G600 dan G330.
Menerusi pengenalan itu, Huawei merancang menjual 5,000 unit bagi ketiga -tiga model berkenaan sebulan bersandarkan pasaran telefon pintar yang luas.

Pengarah Negara Kumpulan Perniagaan Konsumer Huawei, Wong Wey Hwa berkata, ketiga-tiga model berkenaan beroperasi di atas platform Android.
Bagi model D1 Quad yang mempunyai ciri prosesor K3V2 quad-core 1.4GHz ditawarkan pada harga RM1,239 seunit, G600 dilengkapi prosesor Dual-core 1.2 GHz Qualcomm Snapdragon S4 berharga RM799 seunit dan G330 mempunyai spesifikasi Dual-core 1GHz Cortex-A5 Qualcomm MSM8225 Snapdragon, RM599 seunit. Semua model berkenaan sudah berada di pasaran.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: