Hari terakhir jualan gudang
Dari kiri: Barisan novelis yang hadir bertemu peminat, Erin Zahara, Herna Diana, Immaz Huda, Amer Mukhlis, Rosa Nur Imani dan Izza Aripin.
Hari terakhir jualan gudang
Harga istimewa untuk majalah Bintang Kecil.
Hari terakhir jualan gudang
Pelbagai majalah masakan yang menarik turut dijual.
Hari terakhir jualan gudang
Kaum Adam juga tidak melepaskan peluang membeli majalah kegemaran.
Hari terakhir jualan gudang
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga, Azra Zulaikha Azali datang dari Bandar Baru Bangi untuk membeli novel dan majalah.
Hari terakhir jualan gudang
Kaunter bayaran sentiasa penuh dengan pengunjung setiap masa.
SHAH ALAM – Orang ramai dinasihatkan agar tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Jualan Gudang Karangkraf yang diadakan di pekarangan Kompleks Media Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15, yang berakhir pada hari ini.

Pengurus Jualan dan Operasi Grup Buku, Roziana Omar berkata, tiada lagi peluang kedua bagi peminat buku untuk menikmati harga terendah ditawarkan kepada mereka.

Beliau berkata, jualan penghabisan stok tersebut menjual buku lama dan terpilih yang sukar diperoleh, dengan harga murah iaitu RM10.

“Selepas ini, novel-novel terpilih ini tidak akan dicetak lagi pada masa hadapan dan orang ramai perlu merebut peluang yang ada.

“Sambutan diterima sejak dua hari lalu di luar dugaan berbanding tahun lalu dan jumlah pengunjung turut meningkat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, buku keagamaan dan kanak-kanak antara terlaris dijual, dengan harga serendah RM1 untuk penghabisan stok.

Katanya, terdapat kaunter khas bagi wanita mengandung, orang kurang upaya (OKU), serta mereka yang membeli buku terbanyak dan bawah 10 buah.

“Sebelum ini, hanya empat kaunter dibuka, tetapi kehadiran pengunjung semakin ramai menyebabkan kami terpaksa buka 10 lagi kaunter untuk memudahkan buat bayaran.

“Terdapat juga pengunjung belanja lebih RM1,000 untuk beli buku. Ia buktikan sifat membaca di kalangan  masyarakat semakin meluas,” katanya.

Kemunculan tujuh novelis amat dinantikan bagi mendekati peminat setia novel dan mempromosikan hasil tulisan mereka.

Penulis novel, Siti Ruzila Jantan atau lebih dikenali dengan nama Rosa Nur Imani memperkenalkan lima novel tulisannya iaitu Kaulah Segalanya, Segalanya Ku Terima, Cinta Elyana, Takkan Melupakan Mu dan terbaru, Sayonara Cinta.

Katanya, buah tangan terbarunya itu menceritakan kisah wanita menghidap penyakit schizophrenia.

“Kelainan novel kali ini, saya memfokuskan mengenai masalah seorang wanita yang terpaksa melalui kesukaran dalam kehidupannya kerana menghidap penyakit mental.

“Walaupun dikurniakan rupa paras cantik, namun terpaksa menanggung derita akibat penyakitnya itu punyai mesej tersendiri” katanya.

Sementara itu, penulis Doa Cinta Hersalina, Amer Mukhlis gembira berjumpa dengan peminat dan novelnya kini semakin diterima ramai.

Ternyata percubaan pertamanya itu berjaya menambat hati penggemar novel dengan mengetengahkan watak utama, wanita yang dianiayai saudara sendiri.