
RONA ceria melatari koleksi KitaKids dengan rekaan ringkas buat si comel.
DIKENALI sebagai pereka busana kontemporari, label fesyen Mimpikita didirikan atas kecintaan pada dunia fesyen oleh tiga adik-beradik. Terkini Mimpikita hadir dengan koleksi baharu yang lebih berani dan kontra dengan rekaan sebelum ini.
Koleksi di bawah tema Dark Sophistication, menampilkan lima rekaan terkini dengan memberi penekanan melalui gaya bahu berstruktur, blaus berbelah dan mainan rona-rona gelap melatari setiap busana.
”Untuk koleksi baharu ini, kami memilih warna-warna yang sedikit gelap seperti merah hati dan hitam bagi menampilkan imej edgy kepada si pemakai,” ujar Nurul Afidah Zulkifli, salah seorang pereka dalam Mimpikita.
Tambahnya, peralihan konsep feminin yang menjadi signatur jenama itu adalah disebabkan mahu mengembangkan lagi kuasa Mimpikita ke pasaran yang lebih luas.
“Dengan koleksi baharu ini, kami cuba mengembangkan nama label Mimpikita untuk pasaran kaum Cina dan India,” ujarnya.
Rekaan jaket dengan potongan kemas menjadi pilihan Stailo dalam koleksi tersebut. Seluar panjang dipadankan dengan jaket rona putih krim lantas menarik mata gadis yang ingin tampil kasual.
![]() |
|
PERSALINAN rona senada memberi impak bergaya dengan padanan aksesori warna kontra.
|
Sebanyak 20 gaya menghiasi koleksi baharu itu dengan 50 helai setiap busana bagi harga RM400 ke bawah, manakala bagi harga RM500 ke atas, setiap satu rekaan bagi satu saiz.
Koleksi kanak-kanak
Dalam pada itu, Mimpikita juga turut menampilkan rekaan istimewa buat si comel melalui koleksi KitaKids.
Pemilihan fabrik seperti kain kapas melatari rekaan tersebut selain potongan yang ringkas dan kemas. Rona-rona lembut menghiasi koleksi itu bagi menonjolkan keceriaan golongan kanak-kanak yang ingin tampil bergaya.
“Ia sesuai digayakan buat kanak-kanak lelaki dan perempuan dalam lingkungan umur antara setahun hingga enam tahun,” jelas Nurul Afidah.
Bermula dengan skala yang kecil, kini jenama Mimpikita menapak lebih jauh dalam industri fesyen tanah air sehingga menjadi pilihan golongan muda dan selebriti tempatan.
Penggemar jenama itu juga boleh mendapatkan koleksi tersebut melalui laman web www.fashionvalet.com dan www.zalora.com.my

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: