|
MASKULIN seorang lelaki tidak hanya diukur berdasarkan penampilan dan rupa paras. Tahap kecergasan turut menjadi penilaian penting dalam konteks kehidupan kaum Adam.
Dorongan faktor itulah yang menjadikan jejaka sinonim terhadap aktiviti sukan bagi menjana tubuh yang aktif. Secara amnya, bola sepak dan latihan di gimnasium antara latihan sukan paling popular di negara ini.
Aktor popular, Remy Ishak, 30, juga tersenarai dalam kategori yang mementingkan kecergasan badan secara harian. Meskipun sibuk dengan jadual penggambaran yang padat, pelakon filem 29 Februari itu tetap meluangkan masa selama 30 minit untuk berjoging pada setiap pagi.
“Joging adalah riadah paling penting dalam hidup saya. Ia membantu saya mengeluarkan peluh dan sekali gus menjadi bekalan tenaga sepanjang hari.
“Jika tiada urusan kerja, saya akan pergi ke gim atau bermain futsal bersama rakan-rakan. Boleh dikatakan, setiap kali cuti, saya fokuskan kepada sukan yang berat bagi mengganti balik riadah yang sepatutnya dilakukan sepanjang tempoh bekerja,” ujarnya ketika ditemui di Sports Planet, Kota Damansara, Selangor sempena pertandingan akhir Cabaran Skor Dashing - Futsal Neon baru-baru ini.
Sebagai seorang pelakon, Remy mengakui bahawa sukar baginya mendapatkan tidur yang cukup terutamanya apabila menjalani penggambaran sehingga lewat malam. Oleh itu, senaman kecergasan amat berguna dalam menjana tenaga yang berpanjangan.
Begitu juga soal pemakanan, pemegang watak Adam dalam filem Nur Kasih The Movie itu sangat berjaga-jaga dengan makanan yang diambil. Jelas Remy: “Pemakanan mempengaruhi stamina kita setiap hari.
“Saya pastikan makanan yang diambil tidak terlalu berminyak kerana ia boleh membuatkan badan menjadi lemah dan tidak bermaya. Namun, ia tidak bermakna saya mengelak makanan yang berat, cuma kurangkan kuantiti pengambilannya. Apa yang pasti, selepas 12 malam memang saya tidak makan apa jua jenis makanan berat.”
![]() |
|
REMY dan Henry sangat mementingkan kecergasan tubuh badan bagi menjalankan rutin harian.
|
Crossfit Henry
Pengacara kacak, Henry Golding, 25, pula memilih aktiviti lasak sebagai alternatif bagi mengekalkan kecergasan demi menempuh rutin harian yang amat memenatkan. Setiap hari Ahad, Henry memilih untuk melakukan rock climbing dan kini aktif dengan rejim senaman baharu yang dipelajarinya iaitu crossfit.
“Ia satu bentuk senaman yang menggabungkan beberapa latihan kecergasan termasuklah gimnastik. Crossfit bukanlah senaman biasa yang disediakan di kebanyakan gim.
“Aktiviti mencabar itu dilakukan secara berkumpulan dan saya mengenalinya daripada teman serumah dan telah mengikuti kelasnya sejak tiga bulan yang lalu.
“Dari segi pemilihan makanan pula, saya cuba untuk mengikuti menu yang sihat agar seiring dengan gaya hidup saya sebagai seorang yang aktif bersukan,” kongsi Henry yang masih mencintai profesion lamanya sebagai pendandan rambut, tetapi belum ada perancangan untuk kembali berkecimpung dalam bidang tersebut.
Agak memeranjatkan apabila melihat aksi Henry bergandingan bersama Remy dan beberapa individu lain dalam pertandingan futsal khas sempena pertandingan akhir Cabaran Skor Dashing - Futsal Neon di Sports Planet, Kota Damansara baru-baru ini.
Siapa sangka, di sebalik wajah ‘jambu’ Henry, tersimpan skil-skil hebat bola sepak dalam dirinya. Malah, dia juga menyumbangkan jaringan sulung pasukannya ketika menentang pasukan media yang turut disertai wartawan Kosmo!.
![]() |
|
HENRY kini aktif dengan aktiviti crossfit.
|
Pada perlawanan persahabatan itu, Henry dan Remy yang mewakili Dashing berjaya menumpaskan pasukan media dengan mata 2-0. Tambah bermakna apabila gol kedua pasukan mereka dijaringkan Remy, membuktikan kehebatan dua figura umum itu di dalam gelanggang futsal.
“Secara jujurnya, saya jarang bermain futsal tetapi bola sepak sentiasa menjadi sukan kegemaran. Ketika berumur 16 tahun dan bersekolah di England, saya pernah mewakili sekolah bagi pasukan bawah 16 tahun menentang sekolah dari Belanda. Kami memenangi tempat ketiga pada pertandingan tersebut,” imbas Henry dalam senyuman.
Aura Dashing
Dilantik sebagai jurucakap jenama dandanan diri lelaki ternama, Dashing, cukup membuktikan kredibiliti Remy dan Henry selaku lelaki yang mengutamakan kecergasan dalam kehidupan harian.
Selama dua tahun, Remy menambat kepercayaan masyarakat bahawa Dashing adalah perlambangan hakiki dirinya, seiring pergerakan pantas jadual kerjanya. Kefahaman Remy terhadap mesej yang ingin disampaikan Dashing dibuktikan menerusi pandangan umumnya terhadap jenama itu.
“Dashing sudah lama bertapak di Malaysia dan hari ini impak yang diberikan tambah meyakinkan khususnya dalam membentuk penataan gaya jejaka maskulin.
“Saya sendiri mempunyai produk kegemaran daripada jenama ini. Semburan badan yang juga berfungsi sebagai deodoran Dashing sangat penting bagi saya. Ke mana-mana saya pastikan ia berada dalam beg, begitu juga dengan wangian Bold & Edge yang tidak sesekali ditinggalkan.

PERLAWANAN istimewa antara Dashing
dan media menyaksikan kemenangan berpihak kepada pasukan Dashing yang
turut diwakili Remy dan Henry.
“Kedua-dua produk tersebut mengembalikan kesegaran saya ketika berada di set penggambaran apabila badan mula letih. Selain itu, ia turut memberi aura positif kepada orang sekeliling yang bekerja dengan saya,” ungkap Remy penuh yakin.
Henry juga tidak terkecuali berkongsi produk Dashing pilihannya. Mula bergelar duta Dashing For Men pada pertengahan tahun ini, Henry mendapati pelembap SPF23 dengan perlindungan ultraungu (UV) sangat menepati kehendak kulitnya yang kerap berminyak.
“Saya gunakan pelembap ini setiap hari jika tiada penggambaran dan ia mampu bertahan seharian,” terang Henry yang bakal muncul dalam sebuah program jelajah amal Asia Tenggara untuk National Geographic.


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: