SERAMAI 86 peserta Mountain Dews Dew Challenge 2012: The Xtreme Ride
bersaing selama 12 jam dengan menempuh pelbagai cabaran menyelesaikan
teka-teki, permainan memori dan cabaran ekstrem bagi merebut Chevrolet
Colorado 2.8 (M) Adventure Edition tajaan Naza Quest Sdn. Bhd.
Antara permainan yang boleh dicuba para pengunjung untuk menguji daya ketahanan fizikal mereka pada hari tersebut adalah permainan rodeo, rock climbing dan monkey bar.
Naib Presiden Pemasaran Permanis, Hemalatha Ragavan berkata, penganjuran tersebut bersesuaian dengan konsep Mountain Dew sebagai minuman tenaga untuk mereka yang menggemari cabaran aktiviti lasak.
Pada hari ini, kami dapat melihat setiap peserta tidak gentar menyahut cabaran ekstrem yang mana bersesuaian dengan konsep minuman Mountain Dew.
Lebih penting, kami mengharapkan para peserta, pengunjung serta petugas media berasa seronok menyertai permainan lasak yang disediakan, sekali gus meninggalkan kenangan manis kepada mereka," katanya.
Sementara itu, turut berlangsung di pusat beli-belah itu adalah Mountain Dews Dew Challenge 2012: The Xtreme Ride yang melibatkan 86 peserta sebelum 26 peserta disingkirkan pada pusingan pertama.
Cabaran ekstrem 12 jam itu, kemudian diteruskan 60 peserta yang dibahagikan kepada empat kumpulan yang diketuai penyampai radio Era, Hitz Fm, THR Raaga dan My Fm.
Memerlukan kekuatan fizikal dan mental, para peserta perlu menghadapi pelbagai aktiviti lasak di Putrajaya dan Batu Caves, Selangor sebelum menamatkan cabaran di Berjaya Times Square bagi merebut hadiah yang bernilai RM150,000.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: