Tuesday, December 25, 2012

Ayam belanda panggang KRR

KRR memperkenalkan hidangan ayam belanda seberat 4 kilogram dengan tiga variasi perasa.


POKOK Krismas begitu indah dihiasi lampu dan ornamen berwarna-warni, hadiah pula dibungkus rapi manakala di atas meja dipenuhi hidangan.
Ayam belanda panggang dihidangkan di tengah-tengah menyempurnakan perayaan Krismas saban tahun.
Hidangan ayam belanda begitu istimewa kerana ia jarang dihidangkan pada hari-hari biasa, sebaliknya menjadi hidangan tradisi turun-temurun semasa musim perayaan Krismas.
Justeru, Kenny Rogers Roasters (KRR) turut memperkenalkan hidangan ayam belanda panggang sempena ketibaan perayaan yang jatuh pada 25 Disember itu.
Ayam belanda seberat 4 kilogram (kg) dicampur herba tradisional dan rempah sebelum dipanggang dengan sempurna.
Lebih menyelerakan apabila ayam belanda panggang ini dicecah sos yang didatangkan dengan tiga pilihan iaitu asli, lada hitam dan barbeku. Hidangan ini dimeriahkan dengan masing-masing enam pilihan menu sampingan dan mufin.
Makanan kesihatan
"Kami berbesar hati memperkenalkan hidangan perayaan yang lazat dan berkhasiat ini. Kami mahukan para pelanggan kami mendapat makanan yang baik untuk kesihatan mereka," kata Penolong Pengurus Besar, Berjaya Roasters (M) Sdn. Bhd.
Tahun lalu, buat pertama kali, KRR memperkenalkan hidangan ayam belanda panggang di restoran-restoran sekitar Lembah Klang sahaja. Pada tahun ini, menu yang sama boleh didapati di semua rangkaian restoran KRR kecuali di Genting dan Sabah.
Bagi mendapatkan hidangan istimewa ini, para pelanggan boleh membuat tempahan di restoran-restoran KRR terpilih. Hidangan ini berharga RM308 tidak termasuk cukai kerajaan dan caj perkhidmatan.
Selain hidangan ayam belanda panggang, KRR turut menawarkan beberapa hidangan lain seperti set Kenny's Family Meal. Ia mengandungi ayam panggang dengan masing-masing empat menu sampingan dan empat mufin.
Hidangan ini sesuai untuk tiga atau empat orang dan berharga RM69.50.
Menu-menu baharu lain termasuk hidangan ayam dan pasta (RM22.50), dua minuman baharu iaitu frosty angel (RM11.90) dan bubbly T (RM8.50).
Bukan itu sahaja, KRR turut memperkenalkan mufin perayaan yang didatangkan dalam kotak khas mengandungi enam mufin pelbagai rasa seperti pisang, coklat, vanila dan rasa baharu limau, mocha dan pandan. Harga set tersebut RM13 sekotak.
Kesemua harga yang dinyatakan tidak termasuk cukai kerajaan dan caj perkhidmatan. Maklumat lanjut layari laman Facebook, www.facebook.com/KRR.My atau hubungi 03-2119 9888.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: