![]() |
|
ARMAND MAULANA
|
VOKALIS kacak grup Gigi iaitu Armand Maulana menegaskan bahawa dia tidak akan menyanyi solo selagi grupnya masih ada. Armand malah berjanji untuk setia bersama Gigi.
"Selagi Gigi masih ada, saya tidak akan bergerak solo kerana dalam Gigi, semua saya dapat. Kalau Gigi berehat nanti barulah saya berkarya sendiri," kata Armand.
Namun vokalis Gigi ini menyatakan, sepanjang perjalanan karier selama hampir 20 tahun Gigi sentiasa mengalami pasang surut populariti.
"Gigi grafiknya turun naik dari dulu. Jumlah persembahan pentas Gigi pada tahun 2012 masih lebih 100 persembahan," tutur vokalis yang terkenal dengan lagu Nakal ini.
"Saya tidak boleh membayangkan Gigi akan bertahan lebih lama. Bagi saya dan teman-teman, ini cukup gila kerana yang seusia dengan kami cuma grup Slank," terangnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: