ZR
Zain Saidin dan Rozita Che Wan
NAMA Zain Saidin seakan tidak lengkap sekiranya dirinya tidak dikaitkan dengan pelakon janda bergetah, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta.

Gosip cintanya dengan Che Ta berterbangan sejak tahun lepas selepas dirinya menemani pelakon wanita itu dan dua anaknya bercuti ke kota keriangan Genting Highlands.

“Saya memang mengakui menemani Rozita dan anak-anaknya ke Genting semasa cuti persekolahan tahun lepas, itu pun kebetulan saya pun tengah ‘free’ ketika itu.

“Sejak daripada banyak keluar cerita yang saya bercinta dengan Rozita pada hal saya dan dia hanya berkawan sahaja,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

“Tetapi saya tidak menafikan dia antara kawan perempuan dalam industri ini yang saya rapat selain Azza Elite dan Natasha Hudson,” katanya.

Ketika ditanya tidak dia rimas dengan gosip itu, Zain menjelaskan, “saya melihatnya daripada sudut positif.”

“Saya cuba mengelak tapi apabila masuk dalam dunia seni, cerita-cerita gosip seperti itu kita tak boleh lari dan saya sedar gosip sebegini adalah di luar kawalan kita.

“Kalau boleh saya mahu elakkan diri daripada terpalit gosip dan berharap peminat mengenali saya kerana bakat yang saya ada,” katanya.

 Sementara itu, drama bersiri lakonan terbaru Zain terbitan Skop Productions itu akan bersiaran mulai 4 Oktober ini di TV2 yang turut dibintangi Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana dan Aaron Aziz.