FRANKFURT - Pihak berkuasa Jerman kelmarin menggesa orang ramai
supaya berhenti melayari internet menggunakan pelayar web Internet
Explorer milik Microsoft Corp.
Gesaan itu dibuat berikutan penemuan satu lagi virus dalam pelayar
web tersebut yang menyebabkan komputer peribadi terdedah kepada serangan
penggodam.
Masalah yang menjejaskan beratus-ratus juta pengguna Internet
Explorer di seluruh dunia itu dikatakan timbul pada pada hujung minggu
lalu.
Menurut Microsoft, penggodam boleh mengeksploitasi virus untuk
menggodam komputer seseorang yang melayari satu laman web yang
mengandungi virus, sebelum mengambil alih komputer mangsanya.
Pejabat Persekutuan Keselamatan Maklumat Jerman (BSI) menyatakan bahawa pihaknya sedar mengenai sasaran serangan tersebut.
"Virus yang tersebar dengan pantas itu amat membimbangkan," kata pihak berkuasa Jerman dalam satu kenyataan.
BSI menasihati semua pengguna Internet Explorer supaya menggunakan
pelayar web alternatif sehingga Microsoft Corp. mengeluarkan satu
perkembangan mengenai keselamatannya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: