![]() |
|
GEL ini dikatakan berupaya menghapuskan parut jerawat dalam masa beberapa minggu sahaja.
|
MEMILIKI wajah yang bersih, mulus tanpa sebarang cela dan bekas-bekas jerawat yang hodoh menjadi impian ramai dalam kalangan kita. Bahkan, ramai yang sanggup melabur ribuan ringgit bagi mendapatkan wajah persis selebriti ternama.
Begitu juga dengan seorang model dan Mr. World Malaysia 2010, David Lian, 22. Kerjaya sebagai model profesional memerlukan David memiliki wajah yang mulus tanpa cela mahupun kesan parut yang mencacatkan wajah.
"Paras rupa merupakan keutamaan di hadapan kamera dan saya harus menjaganya setiap masa. Walau bagaimanapun, gaya hidup saya menyebabkan kulit saya mudah berjerawat sehingga meninggalkan parut kekal," ujar David ketika ditemui.
Masalah yang sama menjadi mimpi ngeri buat ahli pasukan sorak dari Vulcanz All-Girls, SMK Seafield, Subang Jaya, Esther Erin Wong, 16.
Latihan tarian sehingga lewat malam sekerap enam kali seminggu membuatkan kulit wajah gadis itu berminyak dan mudah berjerawat.
"Walaupun jerawat mula susut, kesat parut masih lagi kelihatan dan ia sukar untuk dihilangkan," ujarnya.

DARI kiri: David, Careen dan Esther merupakan antara pengguna dan duta Hiruscar yang berjaya menangani masalah parut jerawat.
Namun, masalah kedua-dua personaliti tersebut akhirnya dapat diatasi selepas mencuba Gel Hiruscar Post Acne. Ia mudah disapu, cepat meresap, tidak berminyak dan berbau harum. Rumusan tanpa alkohol juga tidak menimbulkan alahan selain memastikan kulit tidak terasa hangat.
Produk ini telah diuji secara klinikal untuk menghilangkan parut jerawat dalam tiga langkah mudah.
Pertama, ia memulihkan dan melicinkan kulit parut jerawat yang dalam, kedua, ia mencerahkan bintik-bintik hitam dan mengurangkan kemerahan selepas jerawat pulih dan ketiga ia mengelakkan pertumbuhan jerawat berulang.
"Kesan parut mula berkurang walaupun hanya menggunakannya selama beberapa minggu sahaja," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk itu di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Majlis berkenaan turut dihadiri duta dan pengguna Hiruscar iaitu selebriti blogger, Careen Tan, 23 dan model serta pelakon Nurafiqah Liana Hazrin, 22.
Hiruscar Post Acne dijual pada RM38.80 bagi setiap tiub 10 gram dan boleh didapati di farmasi terkemuka dan Watsons di seluruh negara.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: