
SEBAHAGIAN pelajar dan penyokong
melihat senarai nama calon-calon yang bertanding pada pilihan raya
kampus UUM 2012/2013 di Sintok, Kedah semalam.
SINTOK – Calon Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Utara Malaysia (UUM) berazam untuk menjadikan suara mahasiswa tidak sahaja terhad kepada isu-isu kebajikan penuntut UUM tetapi juga mahasiswa seluruh universiti di negara ini.
Calon kerusi umum, Ku Amirul Faiz Ku Seman, 23, berkata, selain mengutamakan isu-isu kebajikan penuntut UUM, dia juga akan cuba menjadi orang tengah antara mahasiswa dan kerajaan.
“Sebagai bekas Timbalan Yang Dipertua MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) yang lalu, saya mempunyai pengalaman menyuarakan pandangan mahasiswa kepada kerajaan.
“Antaranya menerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan yang mana ia merupakan medium terbaik berbanding berdemonstrasi di jalanan,” katanya di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: