Wednesday, December 28, 2011

Tren baharu KTMB beroperasi Mac 2012


SYED HAMID (kiri) berkata sesuatu kepada Aminuddin di hadapan koc SCS semasa meninjau perkembangan set kereta api berkenaan di Batu Gajah, Perak semalam.


BATU GAJAH - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dijangka menyediakan perkhidmatan komuter lebih baik dan selesa kepada pengguna di Lembah Klang apabila empat daripada 38 set tren enam gerabak (SCS) mula beroperasi Mac depan.

Menurut Presiden KTMB, Dr. Aminuddin Adnan, penambahan tren baharu tersebut dapat meningkatkan taraf perkhidmatan sekali gus mengatasi masalah ketepatan masa perjalanan.

"Dengan perkembangan ini, KTMB menjangka jumlah pengguna perkhidmatan kami akan meningkat.

"Pada masa yang sama, waktu ketibaan tren juga dapat dipercepatkan iaitu 15 minit bagi setiap ketibaan tren bagi waktu puncak dan 30 minit pada waktu luar puncak mulai Mac depan," katanya pada sidang akhbar di Depot SCS di sini semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar.

Aminuddin berkata, sehingga kini, KTMB telah menerima sembilan daripada 38 set SCS dan empat set lagi dijangka tiba pada Januari depan manakala baki 25 set bakal diterima secara berperingkat sehingga Jun 2012.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: