
KOTA BHARU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan akan menyiasat dakwaan penduduk di Kampung Cherang, Chabang Empat, Tumpat di sini selepas mendakwa diserang ‘lalat’ dalam jumlah yang luar biasa sehingga mengganggu rutin harian mereka.
Ia didakwa berpunca daripada kawasan ternakan ayam yang terdapat di kampung tersebut.
Sumber JAS negeri menjelaskan, pihaknya akan melawat ke kawasan berkenaan dalam tempoh terdekat ini bagi mendapatkan maklumat berhubung kejadian berkenaan.
“Kami akan menjalankan siasatan lanjut berhubung masalah ini dan akan membuat semakan sama ada kes ini pernah dilaporkan atau tidak sebelum ini.
“Selepas itu, kami akan rujuk masalah ini kepada pihak berkaitan untuk diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Kelmarin Kosmo! melaporkan lebih 65 penduduk di Kampung Cherang, Chabang Empat, Tumpat diserang lalat sehingga mengganggu rutin harian penduduk dan ada yang terpaksa makan di dalam kelambu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: