Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah memeterai perjanjian persefahaman bersama Bank Simpanan Nasional (BSN), yang bertindak sebagai penyalur dana bagi menyokong pembiayaan Program Mesra Rakyat (PMR).
Pengerusinya, Datuk Wira Ir Idris Haron berkata, SPNB menyasarkan untuk membina 5,000 unit rumah PMR menjelang Jun tahun depan selain berhasrat menyiapkan pembinaan 10,000 unit rumah sehingga hujung tahun depan.
Menurutnya, pada pembentangan belanjawan 2012, SPNB telah diamanahkan oleh kerajaan untuk membina 10,000 unit rumah PMR di seluruh negara dengan peruntukan RM200 juta di mana ia adalah sebagai tanggungan subsidi yang diberi kerajaan.
“Bagaimanapun, peruntukan kewangan yang diperlukan untuk membina rumah-rumah tersebut berjumlah RM650 juta. Oleh itu, SPNB sedang bekerjasama dengan institusi kewangan bagi menampung peruntukan tambahan RM450 juta untuk membina keseluruhan rumah.
“Sebagai langkah permulaan, BSN adalah agensi pertama yang tampil dan akan bekerjasama dengan SPNB untuk membiayai program ini,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara SPNB dan BSN, di Kuala Lumpur.
Sejak dilaksanakan pada 2002, SPNB telah menerima 44,359 permohonan di seluruh negara. Sebanyak 19,927 unit rumah telah diluluskan pembinaannya dan 17,049 unit telah berjaya diserahkan kepada pemiliknya.
Harga pembangunan sebuah rumah PMR ialah RM65,000 seunit di mana RM20,000 adalah subsidi daripada kerajaan dan RM45,000 lagi akan dibiayai oleh institusi kewangan. Pemohon hanya perlu membayar RM150 sebulan selama 25 hingga 29 tahun.
Antara syarat yang diperlukan untuk memohon rumah PMR ini termasuk pendapatan bulanan bawah RM1500, tidak mempunyai rumah lain dan mempunyai tanah sendiri dengan keluasan minimum 3500 kaki persegi.
Tuesday, December 27, 2011
SPNB sasar bina 10,000 rumah PMR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: