Tuesday, December 13, 2011

Scout ikut jejak ibu

SATU KELUARGA...Scout (kanan sekali) bersama Demi dan  Bruce di tayangan perdana filem yang dibintangi oleh Rumer, House of Bunny pada 2007.
SATU KELUARGA...Scout (kanan sekali) bersama Demi dan Bruce di tayangan perdana filem yang dibintangi oleh Rumer, House of Bunny pada 2007.

IBUNYA, Demi Moore tidak pernah malu menunjukkan tubuh badannya dan pernah bergambar bogel ketika mengandung tujuh bulan untuk kulit majalah Vanity Fair, pada 1991.

Dan nampaknya kini, anak perempuan Demi yang agak liar, Scout La Rue mengikuti jejak langkah ibunya dengan menayangkan sebahagian tubuhnya.

  • Foto

    GADIS berusia 20 tahun ini bergaya seksi untuk jurugambar.

  • Foto

    BERSAMA seorang lelaki dengan tatu penuh di tangan dan memakai badanna di kepalanya.

  • Foto

    SCOUT bergaya sebagai pembonceng motosikal dengan punggung terdedah.

Gadis berusia 20 tahun dan pelajar universiti itu bergaya di atas sebuah motosikal dengan pakaian yang mendedahkan punggungnya dalam satu sesi fotografi untuk StyleLikeU.

Scout yang berambut perang kontra dengan ibunya yang berambut gelap, memakai ‘chaps’ (penutup seluar yang biasa dikenakan koboi) berhias juraian warna coklat di bahagian tepi yang dipadankan dengan but kombat dan menjadi pembonceng seorang lelaki yang tidak dikenali.


Dia mengenakan weskot bulu haiwan dan kemeja putih. Bibirnya semakin menyerlah dengan gincu bibir warna merah terang.


Anak gadis Demi dan bekas suaminya Bruce Willis, sekarang belajar di Universiti Brown.

Dia sempat juga menunjuk jari (tanda tidak sopan) kepada jurukamera ketika motosikal itu sedang bergerak.

Gambar Scout yang lain lebih sopan di mana dia duduk bersila di atas batu besar dan bergaya di hadapan kamera dengan selimut menutupi tubuhnya.

Beberapa keping gambar jarak dekat menunjukkan Scout bergaya ‘punk’ dengan celak hitam, gincu bibir warna merah dan memakai jaket kulit hitam.

Dia mengenakan perhiasan lama berwarna firus dan perhiasan perak sama seperti gaya ibunya yang terkenal itu.

Gambar yang diambil tampak berseni, termasuk beberapa imej hitam putih. Dalam beberapa gambar, Scout seperti berlindung di sebalik rambut paras bahunya.

Tema laut nampak kukuh. Dalam beberapa keping gambar, bintang itu berdiri di atas batu tinggi sambil memandang ke Laut Pasifik.

Mungkin Scout yang kelihatan selesa di hadapan kamera, akan mengikuti
jejak langkah kakaknya Rumer, apabila dia menamatkan pengajian di universiti.

Anak gadis sulung Demi dan Bruce yang berusia 23 tahun, baru-baru ini menjadi model untuk rumah fesyen Badgley Mischka.

Rumer juga seorang aktres dan pernah muncul dalam ‘House Bunny’ dan ‘Sorority Row’.

Scout mempunyai seorang lagi adik perempuan, Tallulah Belle yang berusia 17 tahun. Ayahnya Bruce, kini menunggu kelahiran anak keempat bersama isterinya, Emma.

Namun begitu, ibunya Demi sedang patah hati dan baru membuat pengumuman perkahwinannya dengan aktor Ashton Kutcher selama enam tahun, kini sudah berakhir.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: