Saturday, December 24, 2011

Rai Krismas di 8TV


CONMAN IN TOKYO


SEMPENA dengan sambutan perayaan Hari Krismas, saluran 8TV ternyata tidak ketinggalan untuk menyiarkan pelbagai rancangan yang menarik. Antara rancangan yang akan disiarkan merangkumi beberapa program seperti filem, realiti tv, konsert artis terkenal dan acara anugerah yang disiarkan selama tiga hari bermula 24 sehingga 26 Disember ini.

Misalnya, penonton akan dihiburkan dengan sebuah filem komedi berjudul Conman In Tokyo yang dibarisi oleh pelakon-pelakon terkenal Hong Kong seperti Louis Koo dan Nick Cheung.

Selain itu, bagi penonton yang meminati acara nyanyian boleh berhibur dengan sebuah konsert Show On Cruel Stage Concert Live yang membabitkan artis terkemuka Taiwan iaitu Show Luo.

Berikut adalah beberapa rancangan yang akan disiarkan selama tiga hari sempena sambutan perayaan Hari Krismas.

1 Conman

In Tokyo

Tarikh: 24 Disember 2011

Hari: Sabtu

Masa: 8.30 malam

Filem ini mengisahkan seorang lelaki iaitu Cheung yang mempunyai tabiat berjudi dan suka berbangga diri membuatkan dirinya sentiasa dihimpit masalah.

Cheung berazam untuk mencari Koo, seorang yang dikenali di kalangan penjudi yang telah bersara untuk membantu beliau menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Filem ini dibintangi oleh ramai pelakon hebat seperti Nick Cheung Ka Fai, Louis Koo Tin Lok, Christy Chung Lai Tai dan Athena Chu Yun.

2 The X Factor

Grand Finals

Tarikh: 24 Disember 2011

Hari: Sabtu

Masa: 10.30 malam

The X Factor merupakan sebuah rancangan realiti tv yang mencari individu yang mempunyai kehebatan vokal dan personaliti menarik. Juara yang akan ditentukan menerusi acara akhir ini bakal membawa pulang hadiah utama berupa kontrak bernilai RM15 juta yang juga merupakan hadiah terbesar ditawarkan dalam sejarah televisyen. Saksikan gelagat barisan juri yang terdiri daripada Simon Cowell, Paula Abdul, penyanyi terkenal yang juga ahli kumpulan Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger dan penerbit muzik terkemuka, L.A Reid.

3 MTV Movie

Awards 2011

Tarikh: 25 Disember 2011

Hari: Ahad

Masa: 12.30 pagi

Anugerah kegilaan ramai telah kembali! 8TV dengan bangganya membawakan kepada penonton MTV Movie Awards 2011 ini yang diadakan di L.A. Gibson Ampitheatre. Pastikan penonton setia 8TV bersama-sama menikmati kemeriahannya dan saksikan keunikan fesyen selebriti antarabangsa di anugerah terkemuka ini. Siapakah yang bakal membawa pulang 'Popcorn Emas'? Mempertaruhkan kategori-kategori yang dipertandingkan seperti Best Kiss, Best Fight dan kategori baharu seperti Best Line from a Movie, pasti penonton akan terhibur dan terus berada di depan kaca televisyen.

4 Show On Cruel

Stage Concert Live

Tarikh: 25 Disember 2011

Hari: Ahad

Masa: 3 petang

Artis terkemuka Taiwan Show Luo sekali lagi berjaya mengambil hati peminat-peminatnya. Buat peminat-peminat Show Luo, jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan mantap Show On Cruel Stage Concert Live yang dibawakan secara lansung hanya di 8TV! Show Luo bakal mempersembahkan lagu-lagu hits dari lima buah album pertamanya dan akan menampilkan persembahan hebat dari artis jemputan seperi Rainie Yang.

5 Video Games Awards 2011

Tarikh: 26 Disember 2011

Hari: Isnin

Masa: 12.15 pagi

Rancangan anugerah Video Games Awards 2011 yang menghargai kualiti dan pencapaian menakjubkan dalam permainan video, pereka cipta permainan video, animasi dan kecanggihan teknologi ini bakal dihoskan oleh pelakon terkenal Neil Patrick Harris. Rancangan anugerah ini juga bakal memperlihatkan klip-klip dan permainan video menarik. Rancangan anugerah yang bakal diceriakan dengan wajah-wajah terkemuka Hollywood ini juga akan mempersembahkan permainan video terbaik dan terbaharu seperti Batman: Arkham City, Resistance 3, dan Call of Duty: Modern Warfare 3.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: