Friday, December 23, 2011

Posco E&C bida projek MRT, LRT


YOUNG MIN (kiri) dan Naib Presiden Eksekutif Posco E&C, Moon-Ki Kim pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Posco Engineering & Construction Co. Ltd. (Posco E&C), antara lima syarikat pembinaan terkemuka di Korea, telah mengemukakan dokumen tender pra-kelayakan untuk kerja-kerja projek My Rapid Transit (MRT).

Naib Presiden Bahagian Sivilnya, Woo-Young Min berkata, dokumen bagi pakej berkenaan yang turut melibatkan kerja trek dan rel ketiga telah dikemukakan kelmarin kepada MRT Corporation, syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan.

"Hasilnya akan diumumkan pada Januari tahun depan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Sehingga kelmarin, terdapat tujuh pembida lain bagi kerja tersebut selain Posco E&C.

Min menjelaskan, Posco E&C bersama-sama Posco Engineering Co Ltd. (dahulunya dikenali sebagai Daewoo Engineering Company) dan Asia Communication & Electronic juga mengambil bahagian dalam tender untuk menaik taraf rangkaian 27 kilometer sekarang ini dan 17 kilometer lanjutan laluan transit aliran ringan (LRT) Ampang.

Tambah beliau, pihaknya tidak sabar untuk mengambil bahagian dalam projek laluan LRT Ampang dan projek-projek lain di Malaysia.

“Projek ini sama seperti yang kami telah laksanakan sebelum ini.

“Kami merancang untuk mengambil pekerja tempatan yang banyak dan kami juga akan memberi penekanan kepada pemindah an teknologi kepada syarikat tempatan jika kami memenangi projek itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: