Tuesday, December 13, 2011

Mangsa banjir naik mendadak


ATAS: SEORANG penduduk Kampung Gudang Rasau, Rompin tidur di atas kereta selepas keluarganya berpindah ke pusat pemindahan banjir apabila rumahnya dinaiki air semalam.


KUANTAN – Bilangan mangsa banjir di negeri ini semalam naik mendadak kepada 1,652 orang yang ditempatkan di 15 pusat pemindahan di daerah ini dan Rompin.

Bagaimanapun, pusat pemindahan di Pekan melibatkan 24 mangsa ditutup berikutan keadaan banjir di kawasan itu kembali surut.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pahang berkata, daerah ini mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 1,172 mangsa daripada 285 keluarga.

“Sehingga pukul 5.30 petang , jumlah mangsa banjir semakin bertambah dengan melibatkan 18 kampung di Kuantan dan empat kampung di Rompin.

“Sebanyak 11 pusat pemindahan di buka di Kuantan dan empat di Rompin,” katanya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: