Tuesday, December 13, 2011

Celcom bakal bida projek TV


DARI kiri, Farid bersalaman dengan Savill sambil diberi tepukan oleh Joseph Salang Gandum dan Shazalli Ramly setelah memeterai perjanjian kerjasama antara Celcom dan Broadcast Australia di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Celcom Axiata Bhd. (Celcom) dan Broadcast Australia menandatangani perjanjian kerjasama untuk membentuk satu konsortium bagi membuat bidaan dalam projek pembangunan rangkaian transmisi televisyen (TV) digital di seluruh negara dengan mengunjur potensi pelaburan sebanyak RM500 juta dalam masa tiga hingga lima tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, pembidaan tersebut dijangka diumumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lama lagi dan beliau yakin gandingan Celcom bersama Broadcast Australia mampu menggalas tugas tersebut.

"Jika Celcom mendapat bida bagi reka bentuk, pembinaan dan operasi jangka panjang projek infrastruktur televisyen digital, kami menjangkakan pelaburan pada kira-kira RM500 juta.

"Bagaimanapun, ia akan tertakluk kepada spesifikasi tender," katanya selepas menandatangani perjanjian kerjasama kedua-dua pihak berkenaan di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: