Karnival Hijrah 2011 anjuran bersama Jabatan Perdana Menteri, Kerajaan Negeri Terengganu dan TV AlHijrah buat pertama kalinya mencatatkan sejarah apabila, lebih dari 200,000 pengunjung membanjiri Dataran Shah Bandar, sepanjang tiga hari karnival ini berlangsung (22 Disember hingga 24 Disember).
Selain pelbagai program disediakan, orang ramai juga berpeluang mendekati pelbagai gerai pameran antaranya, Jakim dan Tabung Haji. Malah, program rakaman 30 Minit bersama Ustaz Don, juga berjaya menarik perhatian orang ramai.
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Bukhari Che Muda, berkata, program ini bukan saja dapat memberikan pelbagai manfaat dan ilmu berguna kepada masyarakat, bahkan dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama umat.
“Alhamdulillah, saya melihat sambutan yang begitu menggalakkan dari pengunjung di Kuala Terengganu. Terima kasih juga diucapkan kerana ramai penduduk Terengganu yang sentiasa mengikuti program-program di TV AlHijrah.
"Ini jelas sekali dapat dilihat apabila mereka mengenali dan berinteraksi dengan hos-hos program kami di sepanjang Karnival Hijrah diadakan” katanya.
Program kemuncak, Konsert Hijrah yang bersiaran secara langsung di pentas utama Karnival Hijrah, tepat jam 9 malam, turut mendapat sambutan yang baik. Bertemakan lagu-lagu Ketuhanan, artis-artis terkemuka tanah air yang terlibat ialah, Al Mawlid, Yassin, UNIC, Rabbani, Aishah, Nora, Jay Jay, Ustaz Zul (VISA), Amin dan ramai lagi.
Karnival yang dilancarkan pada 22 Disember lalu ini, telah diperkenankan perasmian oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Tuesday, December 27, 2011
Karnival Hijrah tawan Terengganu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: