|
|
RATU renang Olimpik, Federica Pellegrini dari Itali mempunyai kehebatan luar biasa ketika di dalam kolam renang sehingga pencabar-pencabar lain turut gentar jika tahu kehadirannya dalam mana-mana kejohanan.
Malah, pemegang rekod dunia dalam acara gaya bebas ini juga sentiasa dahagakan kesempurnaan tidak kira semasa beraksi atau ketika beriadah bersama teman-teman.
Pellegrini juga mengakui dirinya akan sentiasa membuat kajian secara terperinci terlebih dahulu sebelum bertanding dalam sesebuah kejohanan.
"Saya suka melakukan kajian kerana saya mahu sentiasa menjadi yang pertama dalam setiap perkara.
"Saya seorang yang suka bersaing dalam apa jua yang saya lakukan dan saya mahu menjadi diri saya sendiri bukan orang lain," kata Pellegrini.
Fesyen adalah antara yang paling diminati oleh Pellegrini ketika berada di luar kolam renang sehingga membuatkan begitu banyak mata yang terpegun melihat penampilannya setiap kali dia menghadiri sesebuah majlis.
Memiliki susuk tubuh seakan model, memberi kelebihan buat atlet tersebut untuk mempelbagaikan gaya penampilannya sehingga mampu mengalahkan ratu cantik yang ada.
Kecantikan yang dimiliki Pellegrini menyebabkannya sering diundang menghadiri majlis pembukaan butik ternama seperti Giorgio Armani di sekitar Eropah.
Malah, ketika atlet tersebut |diundang menghadiri Festival Filem Venice kali ke-66 di Sala Grande pada 2009 begitu banyak lensa kamera tertumpu ke arahnya.
"Fesyen adalah sebahagian daripada wanita dan saya pasti semua wanita mempunyai pendapat yang sama seperti saya.
"Saya memang begitu cintakan fesyen, malah saya juga gemar memakai kasut tumit tinggi ketika menghadiri mana-mana majlis.
"Jika berada di luar kolam renang adalah lebih baik menjadi diri anda sendiri serta serlahkan diri anda yang sebenar," kata Pellegrini.
Pellegrini adalah wanita pertama dalam sejarah Itali yang menjuarai Olimpik, malah atlet tersebut juga merupakan pemegang rekod dunia lebih daripada satu acara yang disertainya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: