PULAI CHONDONG - Lima tahun menyulam kasih, Zulhimli Jusoh, 27, dan Nur Aifaidayu Che Alwi, 22, di sini, semalam sah bergelar suami isteri.
Majlis akad nikah yang disaksikan kedua belah keluarga itu turut menampilkan keistimewaan tersendiri apabila pengantin perempuan menerima dinar dan dirham sebagai mas kahwin.
Zulhilmi yang juga kakitangan Pejabat Agama Machang berkata, banyak kelebihan apabila menggunakan dinar dan dirham selain ingin kembali kepada tradisi Islam.
Katanya, walaupun penggunaan dinar dan dirham masih belum secara meluas, namun perkembangannya agak memberangsangkan terutama di Kelantan.
“Dinar emas dan dirham perak menjadi saksi cinta kami setelah lima tahun menyulam kasih.
“Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan yang memeriahkan majlis akad nikah ini,” katanya.
Majlis kenduri di rumah perempuan di Kampung Alor Melaka diadakan hari ini, manakala majlis sambut menantu akan diadakan esok di rumah pengantin lelaki.
Bersyukur dengan kehadiran insan tersayang, Zulhilmi berharap mereka akan dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.
Manakala Nur Aifaidayu berkata, sikap Zulhilmi yang peramah dan menghormati orang tua menambat hatinya.
Katanya, mereka mengikat tali pertunangan selama setahun sebelum membuat keputusan untuk berkahwin semalam.
Menurutnya, penggunaan dinar dan dirham wajar diperluaskan dan didedahkan kepada masyarakat yang mana mempunyai banyak kelebihan, selain harganya yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa dan boleh digunakan pada saat-saat kecemasan.
Sunday, December 18, 2011
Dinar, dirham sebagai mas kahwin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: