Monday, December 5, 2011

Cat mesra alam buat kediaman




BERBICARA tentang menghias atau membersih kediaman, kita jarang meninggalkan rutin mengelap lantai dan membuang habuk untuk memastikan persekitaran yang sihat.

Bagaimanapun kita cenderung mengabaikan kebersihan dinding kerana risau lapisan cat dinding menjadi lebih nipis jika kerap dilap.

Tidak ramai yang tahu bahawa membersihkan dinding adalah sama penting dengan pembersihan rutin yang lain untuk memastikan rumah dilindungi daripada bakteria dan kuman demi kesejahteraan keluarga.

Bahkan dinding yang cantik akan menjadi penyeri kediaman.

Berbanding cat konvensional, cat mesra alam seperti Cat Superwash Cat Mesra Kesihatan oleh Mr. Paint Man tahan lama pembasmi kuman dan pengelap kuman tanpa mengurangkan perlindungan anti bakteria.

Dinding menjadi lebih bersih apabila dilap dengan kain basah kerana air menjadi pemangkin aktiviti pembasmian kuman oleh ion perak.

Ini kerana cat mesra alam yang menggunakan teknologi nano-silver menjadi aktif apabila bakteria hadir justeru bertindak memecahkan protein dan asid nukleik bakteria supaya ia mati dengan sendirinya.

Lain pula halnya dengan mereka yang gemar menghidu bau dinding yang baru dicat.

Mereka tidak menyedari aroma yang agak 'mengasyikkan' itu adalah wap cat yang sebenarnya antara bahan alergi yang biasa didapati di rumah selain hama debu, bulu binatang peliharaan dan kulat.

Walaupun sapuan cat baru cara paling mudah memberikan kesegaran pada suasana bilik, wap atau gas dikeluarkan dari dinding yang baru dicat, sebenarnya berisiko kepada kesihatan.

Bagi kebanyakan orang termasuk mereka yang melakukan kerja mengecat boleh mengalami pedih mata, sakit kepala selain semput nafas.

Kajian menunjukkan pendedahan berlebihan terhadap 'wap' yang dihasilkan dari cat boleh menyebabkan radang mata dan juga masalah pernafasan. Ada juga laporan tentang risiko keguguran yang lebih tinggi, peningkatan risiko asma kanak-kanak serta reaksi alergi. Pendedahan pada jangka masa lama juga dikaitkan dengan penyakit hati dan buah pinggang.

Oleh itu, wap daripada cat adalah tidak sihat. Sehinggakan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat dilapor menetapkan bahawa cat adalah antara lima 'bahaya' bagi alam sekitar.

Cat dinding pada kediaman yang anda gunakan mungkin mengandungi banyak wap sebatian organik (VOC) yang boleh memberi reaksi alergi kepada manusia. Bahkan semakin 'lebih seri' warna sesuatu cat bermakna lagi banyak kandungan VOC di dalamnya.

Alam sekitar

Justeru, lahirnya idea cat dengan formula mesra alam yang mempunyai kadar bau dan VOC (Volatile Organic Compounds) rendah.

Mengecat semula kediaman bukan lagi masalah kerana pilihan anda mengurangkan risiko kesihatan keluarga atau alam sekitar. Ini kerana, penghasilan gas memudaratkan yang boleh mencetuskan asma dan masalah pernafasan yang lain adalah minimum.

Pastinya keluarga anda seronok dalam proses pemilihan warna untuk bilik tidur, dapur, bilik bayi, ruang tamu ataupun mana-mana sahaja ruangan dalaman. Dengan pelbagai pilihan warna, ia menjamin kesihatan dan hiasan sempurna buat kediaman.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: