Saturday, December 24, 2011

Blush dianggotai gadis pan Asia


Kumpulan Blush hasil daripada rancangan bakat Project Lotus.


HONG KONG - Lima gadis jelita yang menggelar diri mereka sebagai Blush mungkin tiada bezanya berbanding kumpulan-kumpulan pop lain.

Namun, apa yang istimewa tentang mereka adalah mereka merupakan kumpulan pop pertama di dunia yang dianggotai gadis-gadis kacukan atau pan Asia dari beberapa buah negara.

Kumpulan Blush dianggotai Alisha Budhrani dari India, Victoria Chan dari Hong Kong, Natsuko Danjo dari Jepun, Angeli Flores dari Filipina dan Ji-hae Lee dari Korea Selatan.

Kumpulan tersebut merupakan hasil daripada rancangan bakat, Project Lotus pada tahun 2010.

Blush turut menjalin kerjasama dengan penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat (AS), Snoop Dog dalam single pertama mereka yang berjudul Undivided.

Lagu tersebut berjaya mendapat tempat ketiga dalam Carta Tarian Billboard AS pada awal tahun ini.

Sejak pelancaran single pertama mereka, Blush pernah membuat persembahan dalam konsert penyanyi pop sensasi remaja, Justin Bieber dan kumpulan Black Eyed Peas.

Walaupun kebanyakan lagu dinyanyikan dalam bahasa Inggeris, kumpulan tersebut tidak menolak cadangan untuk menyanyi dalam bahasa lain.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: