Monday, December 5, 2011

Berjubah hitam lebih selesa


MEMPUNYAI potongan tangan yang lebar di bawah, rekaan ini sesuai untuk ke pejabat juga ke majlis.


UBAH hitam kini bukan lagi untuk wanita yang berusia sahaja. Fesyen jubah hitam semakin diminati oleh semua golongan usia termasuk remaja, wanita bekerja dan sebagainya.

Jika dahulu, mungkin terdapat wanita yang kurang menyukai memakai jubah hitam kerana berasa seperti dalam tempoh berkabung, tidak menimbulkan mood yang ceria atau berasa diri tua. Namun pada masa kini ramai wanita yang selesa dan tidak malu berjubah hitam.

Malah golongan pelajar universiti dan institusi pengajian tinggi juga ramai yang gemar berjubah ketika hadir kuliah kerana keselesaannya.

Ini kerana jubah hitam kini lebih fashionable untuk disesuaikan dengan pemakaian semua wanita. Pemilihan jenis fabrik yang selesa, cantik dan berkualiti ditambah dengan perincian dan perhiasan seperti renda bersulam, manik, batu berwarna-warni, kristal dan sebagainya menyerikan lagi keindahan jubah hitam.

Ia turut disertakan dengan selendang panjang yang turut dihiasi dengan perincian atau hiasan seperti yang terdapat pada jubah.

Jubah hitam yang diedar dan dibekalkan oleh Norlina Alawi (M) Sdn. Bhd. mudah membuat wanita tertarik kerana potongan dan hiasan yang dijahit pada jubah tersebut.

Fabrik nida gred pertama menjadi pilihan kerana fabrik ini tidak terlalu tebal dan tidak juga terlalu nipis. Fabrik jenis ini selesa dipakai dan tidak panas.

Hasil rekaan sendiri dan dijahit di luar negara oleh tukang jahit yang mahir membuat jubah, jubah-jubah hitam edarannya memang dibuat khusus untuk saiz dan bentuk badan wanita Malaysia serta mengikut potongan badan.

Justeru apabila membeli jubah tersebut, anda tidak perlu lagi membuat ubah suai seperti mengecilkan bahagian badan atau memendekkan labuhnya. Sarung sahaja ke tubuh dan nampak sudah cukup cantik dan sesuai pada anda.

Jubah Norlina Alawi boleh diperoleh pada harga yang amat berpatutan dan anda pasti berbangga menggayakan jubah hitam yang berkualiti tulen Asia Barat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: