|
|
BAGAIMANA menterjemah rasa cinta? Sukar bukan? Tapi nampaknya selepas ini rasa cinta tidak sukar untuk diterjemahkan lagi. Itulah yang ditawarkan oleh penyanyi Taylor Swift apabila dia melancarkan produk wangian yang dikatakan mempunyai aroma cinta!
Wangian tersebut diberi nama Wonderstruck dan konon nama itu diinspirasikan oleh lagu Swift yang berjudul Enchanted.
"Jatuh cinta adalah saat yang selalu diimpikan setiap gadis dan Wonderstruck mewakili ajaibnya janji, harapan, dan keindahan cinta," ujar Swift saat menjadi tetamu Ellen DeGeneres dalam acara televisyen milik Ellen baru-baru ini.
Selain mengibaratkan aroma wangiannya sebagai indahnya jatuh cinta, dia juga mengatakan bahawa ada banyak ramuan dalam wangian yang satu ini.
"Ada banyak ramuan di dalamnya. Ada vanila, amber dan freesia dan juga aroma peach dan rasberi. Semua tentang cinta ada di dalamnya," jelasnya.
Dia juga melahirkan rasa senangnya kerana baru tahu untuk menghasilkan satu wangian, penciptanya boleh mencampurkan pelbagai aroma untuk merealisasikan aroma yang dikehendaki. "Dan akhirnya terciptalah aroma wangian saya sendiri yang begitu indah," ujar Swift lagi kepada Contact Music.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: