Wednesday, October 12, 2011

Wajah baru Cartoon Network


DANIAL Tan menunjukkan karakter animasi The Amazing World of Gumball yang popular di Cartoon Network.


BERMULA 1 Oktober lalu, Cartoon Network tampil dengan wajah baru bagi menyajikan program yang lebih menarik untuk tontonan umum khususnya kanak-kanak.

Sempena pelancaran wajah baru itu juga, Cartoon Network menyajikan animasi baru The Amazing World of Gumball.

Animasi tersebut pernah memenangi anugerah Animasi Sitkom Terbaik dari British Academy of Film and Television Arts (BAFTA) dan mendapat sambutan hangat di Amerika Syarikat (AS).

The Amazing World of Gumball dijangka mencetuskan fenomena baru di kalangan penonton kanak-kanak di negara ini.

Ketika mengumumkan pelancaran wajah baru Cartoon Networks, Pengarah Bersama Bahagian Pemasaran, Tuner Broadcasting System Asia Pacific, Danial Tan berkata, perubahan itu dilihat tepat pada masa bagi memastikan ia menjadi saluran terbaik.

“Pemilihan rancangan ini bakal memberikan kanak-kanak dan penonton di negara ini satu lagi pengalaman baru.

“Untuk mengekalkan kualiti rancangan kami, hanya program animasi yang bakal membawakan keceriaan sahaja akan ditayangkan kepada penonton,” katanya

Menurut Danial, kesungguhan pihaknya untuk terus memberikan yang terbaik buat penonton merupakan sebab utama pelancaran wajah baru ini dilakukan.

“Selepas ini para penonton juga boleh menggunakan laman sosial sebagai medium untuk berinteraksi dengan beberapa karakter animasi kami.

“Selain itu, terdapat beberapa rancangan baru yang akan menemani penonton setia di saluran ini,” katanya.

Sebelum itu Danial turut menguraikan tanda tanya tetamu yang hadir dengan memberi jawapan bahawa rancangan terdahulu yang disiarkan di saluran tersebut masih diteruskan walaupun dengan kehadiran rancangan baru.

“Kita tetap siarkan rancangan terdahulu. Cuma bagi memudahkan pemahaman penonton ke atas rancangan-rancangan kartun yang kami siarkan, sebahagian rancangan berkenaan di adaptasi ke bahasa Melayu,” katanya.

Antara rancangan yang terus disiarkan di Cartoon Network, kata Danial ialah Justice League, Batman dan Iron Man.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: